Images
  • new MOH locations
    NEX, Waterway Point dan AMK Hub dikunjungi kes COVID-19 yang berkait kelompok TTSH. (Gambar: Google Street View)

NEX, Waterway Point, AMK Hub antara premis dikunjungi kes berkait kelompok TTSH

SINGAPURA: Pusat beli-belah NEX, Waterway Point dan AMK Hub adalah antara lapan tempat yang dikunjungi kes COVID-19 dari kelompok jangkitan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semasa berjangkit.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Sembilan lokasi dimasukkan ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat pada Ahad (2 Mei).

Semuanya dikunjungi oleh kes yang berkait dengan kelompok TTSH, kecuali Me To Do Studio di Woodlands Street 82, iaitu kedai dandanan rambut yang dikunjungi kes COVID-19 yang berkait dengan seorang pekerja pembersihan di sebuah kemudahan jagaan masyarakat.

Premis-premis lain yang dikunjungi kes-kes berkait TTSH adalah Marina Square, 724 Pasar Ang Mo Kio, DLLM Lok Lok di MacPherson Road, kedai ais krim Lickers di Hougang Avenue 1 dan cawangan umisushi di TTSH.

Senarainya seperti berikut:


Tempat-tempat awam yang ditandakan dengan bintang dikunjungi kes-kes berkait kelompok TTSH.

Senarai itu tidak termasuk kediaman, tempat kerja, kemudahan khidmat jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.

Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 sudahpun dimaklumkan oleh MOH.

Sebagai langkah berjaga-jaga, individu-individu yang berada di lokasi-lokasi tersebut perlu memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema serta demam dan hilang deria rasa atau bau. Maklumkan juga kepada doktor tentang sejarah mereka terdedah kepada virus," menurut MOH.

Orang ramai tidak perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat tersebut, tambah MOH.

"Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)akan membantu pihak pengurusan premis-premis yang terjejas untuk menyediakan garis panduan tentang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman." menurut MOH lagi.
Singapura melaporkan 39 kes COVID-19 pada Ahad. Selain 11 yang berkait dengan kelompok TTSH, terdapat lagi tiga kes masyarakat dan 25 kes import. Tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

MOH menyatakan orang ramai harus mengehadkan interaksi sosial memandangkan jumlah kes dalam masyarakat semakin meningkat.

Meskipun had jumlah pengunjung ke rumah dan dalam perhimpunan di tempat-tempat awam masih lapan orang, garis panduan MOH menetapkan agar interaksi sosial itu dihadkan kepada dua sahaja dalam sehari.

- CNA/NK/nk

Top