Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Negara-negara harus bekerjasama, labur dalam bidang kepentingan bersama: Tharman

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam berkata masa depan kelihatan cerah namun kita perlu membuat persiapan kemungkinan berlaku kegenjotan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2021 08:21PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 08:48PM

SINGAPURA: Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam berkata masa depan kelihatan cerah namun kita perlu membuat persiapan kemungkinan berlaku kegenjotan.

Encik Tharman memberi amaran itu di mesyuarat Forum Ekonomi Dunia Agenda Davos yang diadakan hari ini (25 Jan) secara online.

Beliau bercakap tentang harapan pemulihan ekonomi.

Encik Tharman juga menggesa negara-negara supaya bekerjasama dan melabur dalam bidang-bidang kepentingan bersama seperti jagaan kesihatan dan perubahan iklim.

"(Kita perlu) bersiap sedia untuk menghadapi kegenjotan selanjutnya dan seterusnya memastikan bahawa dasar-dasar awam sentiasa melindungi golongan paling lemah.

"Adalah jauh lebih murah untuk melabur dalam usaha sejagat bagi kebaikan umum. Kosnya akan jauh lebih rendah daripada kos yang perlu ditanggung bagi krisis yang terus berulang kerana kita gagal melabur dalam kerjasama antarabangsa," kata Encik Tharman. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan