Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA siasat sampah yang dibuang dari teksi yang sedang bergerak di Penang Road

Satu rakaman video yang tular di media sosial yang menunjukkan sampah dibuang daripada sebuah teksi yang sedang bergerak menyebabkan Agensi Sekitaran (NEA) melancarkan satu siasatan.

Anggaran Waktu Membaca:
NEA siasat sampah yang dibuang dari teksi yang sedang bergerak di Penang Road

Satu rakaman video yang tular di media sosial yang menunjukkan sampah dibuang daripada sebuah teksi yang sedang bergerak. (Gambar: ROADS.sg/Facebook)

Diterbitkan : 28 May 2019 11:57PM Dikemas Kini : 28 May 2019 11:59PM

SINGAPURA: Satu rakaman video yang tular di media sosial yang menunjukkan sampah dibuang daripada sebuah teksi yang sedang bergerak menyebabkan Agensi Sekitaran (NEA) melancarkan satu siasatan.

Dalam satu catatan Facebook pada Selasa (28 Mei), NEA menyatakan pihaknya sudah mengenal pasti identiti pemandu teksi itu, yang kini membantu dalam siasatan.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh ROADS.sg, insiden itu berlaku pada 17 Mei, pada sekitar jam 7.47 pagi di Penang road.

Cik Leong, yang menghantar video itu, memberitahu ROADS.sg bahawa beliau bekerja berdekatan, justeru beliau kembali ke lokasi untuk mengambil gambar sampah yang dibuang ke dalam semak oleh pemandu itu, sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Pada Isnin, NEA menyatakan bahawa seorang lelaki didenda S$300 kerana melastik dua gelang getah (rubber band) yang mendarat di jalan raya. Menurut NEA lelaki itu diberi tiket saman atas kesalahan membuang sampah merata-rata.

Dalam satu lagi insiden pada 16 Mei, dua lelaki masing-masing didenda S$300 kerana meninggalkan tin-tin minuman di atas kotak kayu di luar unit di stesen MRT Woodlands. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan