Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA perjelas aturan sewa gerai penjaja berdasarkan kadar pasaran sedia ada

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan proses memperbaharui sewa gerai penjaja adalah berdasarkan kadar pasaran sedia ada dan ia boleh serendah S$1, bergantung kepada persaingan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Jun 2021 06:51PM Dikemas Kini : 26 Jun 2021 11:33PM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan proses memperbaharui sewa gerai penjaja adalah berdasarkan kadar pasaran sedia ada dan ia boleh serendah S$1, bergantung kepada persaingan.

Yuran itu mungkin lebih tinggi atau rendah berbanding apa yang dibayar sebelum ini.

NEA mengeluarkan penjelasan ini selepas satu catatan dalam media sosial yang menunjukkan peningkatan 40 peratus kepada sewa seorang penjaja.

NEA menyatakan tidak tepat untuk melihat kepada peratusan yang meningkat.
Agensi itu juga menambah bahawa sewa bulanan tidak dinaikkan lebih S$300 pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebaliknya, ada juga contoh di mana kadar sewa dikurangkan lebih daripada jumlah berkenaan.

Sewa bulanan sesebuah gerai di pusat penjaja tidak bersubsidi ialah S$1,250 secara purata.

NEA menyenaraikan pelbagai skim untuk membantu para penjaja mengharungi pandemik COVID-19 termasuk membekukan kenaikan sewa, meniadakan sewa dan subsidi pembersihan.

Sebelum ini, pengkritik makanan KF Seetoh mempersoalkan mengapa sewa gerai pusat makanan dinaikkan di tengah-tengah pandemik sambil merujuk kepada situasi seorang penjaja.

Encik Seetoh berkata para penjaja sudah terjejas dengan peraturan dua orang saja dibenarkan makan di luar.

Ini diburukkan lagi apabila para penjaja tidak mendakapi pendigitalan.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan