Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA, penjaja dan pengendali bekerjasama huraikan isu kos dan kontrak

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang bekerjasama dengan para pengendali pusat penjaja dan para penyewawnya untuk menangani isu-isu berhubung kos dan syarat-syarat kontrak, menurut Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air Amy Khor pada Jumaat (19 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
NEA, penjaja dan pengendali bekerjasama huraikan isu kos dan kontrak

Pusat Penjaja Jurong West dikendalikan oleh syarikat perusahaan sosial, Hawker Management.

Diterbitkan : 19 Oct 2018 04:29PM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 04:38PM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang bekerjasama dengan para pengendali pusat penjaja dan para penyewanya untuk menangani isu-isu berhubung kos dan syarat-syarat kontrak, menurut Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air Amy Khor pada Jumaat (19 Okt).

"Saya sudah meminta NEA supaya menghuraikan masalah-masalah dan menilai model perusahaan sosial," kata Dr Khor dalam catatan di laman Facebooknya.

Beliau mengeluarkan komen-komen tersebut di tengah-tengah keprihatinan yang dibangkitkan oleh para penjaja mengenai model pengurusan perusahaan sosial, yang diperkenalkan dengan tujuan untuk memastikan harga makanan kekal rendah sementara menjadikan kemahiran penjaja sebagai sesuatu yang mampan.

Di bawah model pengurusan itu, para pengendali juga akan menyediakan khidmat seperti mencuci pinggan mangkuk dan pembersihan lebih tersusun.

Sesetengah penjaja bagaimanapun merungut mengenai yuran tambahan yang dikenakan ke atas bayaran sewa dan bayaran-bayaran lain yang diwajibkan.

Misalnya di Pusat Penjaja Jurong West, para penyewa gerai harus membayar untuk program memulangkan dulang yang memberi para pelanggan 20 sen bagi setiap dulang yang dipulangkan. Isu itu sudahpun dihuraikan antara para pengendalinya, Hawker Management, dan para penyewa gerai.

"NEA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap para pengendali jika mereka tidak mematuhi peraturan. NEA sudahpun menyemak syarat-syarat kontrak dengan harapan untuk menetapkan sesetengah syarat-syarat yang digunakan oleh para pengendali dalam kontrak-kontrak tersebut," tambah beliau.

"Kami akan terus menyesuaikan model pengurusan untuk melindungi kepentingan rakyat Singapura - para pelanggan dan penjaja - serta mencapai objektif untuk memastikan supaya rakyat Singapura mempunyai akses kepada makanan yang boleh dimampui dan agar para penjaja boleh mencari nafkah."

Daripada 114 pusat penjaja di Singapura, tujuh pusat baru dikendalikan oleh syarikat-syarikat perusahaan sosial. Dr Amy Khor berkata lebih banyak masa diperlukan untuk menilai dan meningkatkan model pengurusan tersebut.

Dalam catatan Facebooknya, Dr Khor juga menarik perhatian kepada Program Gerai Inkubasi yang menyokong para penjaja sebagai usaha memperbaharui dan mengekalkan perniagaan tersebut.

Dr Khor mengongsi gambar bersama penjaja muda, Michelle Yee yang menjalani program tersebut sambil mengatakan bahawa beliau gembira melihat Cik Yee mengendalikan gerainya di Pusat Makanan Kompleks Chinatown.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan