Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA: Pengurusan sisa boleh dipertingkat di hotel-hotel besar

Lebih banyak boleh dilakukan bagi usaha kitar semua di hotel-hotel

Anggaran Waktu Membaca:
NEA: Pengurusan sisa boleh dipertingkat di hotel-hotel besar

Gambar fail sisa produk-produk makanan (Gambar: AFP/JEAN-CHRISTOPHE VERHAEGEN)

Diterbitkan : 07 Jul 2018 09:52AM Dikemas Kini : 07 Jul 2018 12:17PM

SINGAPURA: Hotel-hotel besar boleh menguruskan sisa yang dihasilkan dengan lebih baik lagi. Kenyataan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) itu menandakan bahawa masih ada ruang yang boleh diperbaiki empat tahun selepas satu latihan pelaporan sisa wajib dilaksanakan.

Perangkaan terbaru daripada latihan berkenaan menunjukkan bahawa kadar kitar semula di hotel-hotel besar yang mempunyai lebih 200 bilik lebih rendah pada 2016 berbanding dua tahun sebelumnya.
Pada 2016, kadar purata kitaran semula adalah 5.5 peratus iaitu 0.5 peratusan mata lebih rendah berbanding 2014.

Latihan pelaporan wajib yang diperkenalkan pada 2014 itu bermatlamat menarik perhatian pihak pengurusan hotel terhadap jumlah sisa yang dihasilkan premis komersil yang besar seperti pusal beli-belah dan hotel.

NEA menentukan prestasi hotel-hotel dengan memantau jumlah setiap jenis sisa yang dikitar semula berbanding jumlah keseluruhan sisa yang dijana.

Sesetengah hotel juga sedang cuba untuk mengurangkan jumlah sisa yang boleh dikitar semula walaupun latihan pelaporan NEA menunjukkan hanya kemerosotan kecil dalam kadar purata sisa yang dihasilkan dari 2014 sehingga 2016.

Menurut data itu lagi, sejumlah 97 hotel yang menyertai latihan tersebut pada 2016 menghasilkan sebanyak 66,000 tan sisa iaitu sama berat dengan dua buah bas. Ini bermakna setiap bilik menghasilkan sebanyak 4.1 kilogram sisa sehari.

Bagaimanapun, pengarah eksekutif Majlis Sekitaran Singapura (SEC), Jen Teo berkata bahawa setiap penginap mempunyai peranan walaupun hotel memikul tanggungjawab utama.

Tambah beliau lagi, sekiranya, sesebuah hotel menerapkan pendidikan mengitar semula dan menyediakan perkakas yang boleh digunakan semula sebagai contoh, para penginap harus mematuhi program kitar semula tersebut dan tidak menggunakan barangan pakai buang.

Dalam pada itu, NEA menyatakan ia akan menyemak sekiranya laporan statistik sisa perlu diluaskan kepada hotel-hotel lebih kecil, di "peringkat lanjut".

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan