Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA pelawa saranan bagi projek ubah sisa jadi tenaga

Singapura sedang meningkatkan usaha mengukuhkan keupayaan pengurusan sisa. Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengalu-alukan saranan bagi menguji cuba projek-projek untuk mengubah sisa menjadi daya tenaga. Ia terbuka kepada perusahaan serta para pengkaji dan penyelidik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2019 07:06PM Dikemas Kini : 16 Dec 2019 11:09PM

SINGAPURA: Singapura sedang meningkatkan usaha mengukuhkan keupayaan pengurusan sisa. Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengalu-alukan saranan bagi menguji cuba projek-projek untuk mengubah sisa menjadi daya tenaga. Ia terbuka kepada perusahaan serta para pengkaji dan penyelidik.

Menurut NEA, langkah tersebut bertujuan menyokong ujian-ujian terhadap teknologi yang boleh menjimatkan sumber atau megubah sisa menjadi daya tenaga.

Huraian-huraian yang disarankan mestilah berkaitan dengan rawatan sisa termal dan mungkin berpotensi digunakan di loji-loji pembakaran.

Yayasan Penyelidikan Nasional memberikan S$6 juta kepada NEA Oktober lalu bagi menggalak kerjasama antara para saintis dengan industri untuk membangunkan hasil kajian mereka menjadi projek-projek perintis.

Saranan-saranan dibuka sehingga 10 Mac depan.

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan