Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA pantau teliti mutu udara S'pura selepas letupan kompleks minyak dan gas Johor

Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) bagi tempoh 24 jam di Singapura kekal dalam lingkungan rendah hingga sederhana.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Apr 2019 08:11PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 09:02PM

SINGAPURA: Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) bagi tempoh 24 jam di Singapura kekal dalam lingkungan rendah hingga sederhana.

Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) selepas satu letupan di sebuah kemudahan gas dan minyak Petronas tercetus di Johor pada Jumaat (12 Apr), mencederakan dua orang.

Petronas mengesahkan dalam satu catatan Twitter bahawa letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang di Kota Tinggi itu berlaku sekitar jam 1.25 pagi. Ia menambah, kebakaran tercetus di unit Pengasingan Sulfur Baki Atmosferik (ARDS) kemudahan itu.

"Pasukan-pasukan sudah pun ditubuhkan dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa relevan untuk menyiasat punca kejadian itu," menurut Petronas dalam kenyataannya pada petang Jumaat.

"Kami ingin meyakinkan orang ramai bahawa keadaan terkawal dan tiada risiko berkaitan dengan kesihatan daripada kejadian tersebut."

Letupan itu menyebabkan dua pengawal keselamatan Malaysia mengalami kecederaan ringan, menurut pihak perkhidmatan kecemasan.

Dalam responsnya terhadap kejadian itu, NEA menyatakan ia sedang "memantau dengan teliti keadaan itu serta mutu udara di Singapura."

NEA menambah tahap PSI bagi tempoh 24 jam di Singapura dalam lingkungan rendah hingga sederhana sejak 1.00 pagi tadi manakala bacaan PM2.5 bagi tempoh sejam pula di paras Normal.

"Kami berhubungan dengan Jabatan Alam Sekitar (Johor) dan kami akan memberikan kemas kini sekiranya ada sebarang perubahan pada keadaan."

PARA PENDUDUK RASA GEGARAN KUAT

Letupan itu mengakibatkan gegaran-gegaran letupan yang kuat di kawasan sekeliling, menurut seorang saksi.

Mohd Azizi Mahmun, 24 tahun, yang tinggal berhampiran tempat kebakaran, berkata beliau merasakan seolah-olah terdapat satu tendangan kuat di pintu rumahnya ketika kejadian berlaku.

"Ia juga menghidupkan alat penggera (dalam) kereta di kawasan itu. Saya dan jiran-jiran kemudiannya keluar (dari rumah kami) dan terlihat asap serta kebakaran di kawasan berkenaan. Orang boleh melihat kejadian kerana ia (struktur yang meletup) berhampiran dengan jalan raya," kongsi Encik Azizi.

"Saya sedang tidur apabila terdengar satu letupan kuat. Bunyi itu menyebabkan pintu rumah saya bergegar dan semua jiran keluar untuk melihat apa yang berlaku," kata seorang lagi saksi, Muslim Mustafa, 30 tahun. Beliau bertugas sebagai pengawal bahan di tapak projek berkenaan.

Laporan awal mengenai kejadian itu dijangka dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Malaysia pada petang Jumaat.

DOSH Johor sudah pun mengarahkan pasukannya untuk memulakan siasatan, kata Timbalan Menteri Mahfuz Omar.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan