Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA minta syarikat tarik balik iklan kerja untuk 'duta pulangkan dulang'

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) meminta beberapa syarikat supaya menarik balik beberapa iklan kerja bagi jawatan 'duta pulangkan dulang' kerana syarikat-syarikat itu belum mendapat sebarang kontrak dengan agensi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
NEA minta syarikat tarik balik iklan kerja untuk 'duta pulangkan dulang'

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 03 Jul 2021 08:50AM Dikemas Kini : 03 Jul 2021 08:52AM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) meminta beberapa syarikat supaya menarik balik beberapa iklan kerja bagi jawatan 'duta pulangkan dulang' kerana syarikat-syarikat itu belum mendapat sebarang kontrak dengan agensi itu.

Mediacorp melihat sekurang-kurangnya dua iklan kerja kosong oleh syarikat-syarikat pembersihan dan penyumberan luar bagi jawatan itu, dengan salah satunya menawarkan gaji bulanan sehingga S$2,200.

Menjawab dari Mediacorp, NEA pada Jumaat (2 Jul) menyatakan bahawa "iklan-iklan yang dikeluarkan syarikat-syarikat berkenaan dibuat menurut kehendak mereka sebelum mendapat sebarang kontrak dengan NEA".

"Oleh itu kami telah menghubungi syarikat-syarikat tersebut dan meminta mereka supaya menarik balik iklan-iklan kerja yang tidak diminta."

Agensi-agensi pemerintah sering kali membuka tender untuk jawatan seperti duta jarak selamat dan duta SG Clean yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat swasta. Syarikat-syarikat itu kemudian akan mengambil pekerja untuk menjalankan tugas-tugas tersebut.

NEA menyatakan bahawa duta-duta itu memainkan pelbagai peranan seperti memastikan langkah jarak selamat dipatuhi dan mengingatkan pelanggan supaya memulangkan dulang dan pinggan mangkuk selepas makan. Mereka juga dikerahkan ke pusat-pusat penjaja yang lain.

Iklan-iklan kerja online itu menyenaraikan tanggungjawab "duta pulangkan dulang" sebagai para pekerja yang menggalakkan pelanggan memulangkan dulang masing-masing selepas makan di pusat-pusat penjaja.

Mediacorp difahamkan bahawa "duta pulangkan dulang" bukan istilah rasmi yang digunakan oleh NEA.

Salah satu iklan oleh syarikat penyumberan luar Greensafe International pada 14 Jun menawarkan kerja duta pulangkan dulang di laman mycareersfuture.gov.sg, dengan gaji antara S$1,400 hingga S$2,200 sebulan.

Para pemohon yang layak perlu "mendampingi dan mendorong para pelanggan, pegerai dan pekerja pembersihan di pusat-pusat penjaja untuk mengambil bahagian dalam Inisiatif Pemulangan Dulang", menurut iklan itu.

Menurut ikan itu, pemohon harus sihat dari segi fizikal dan boleh berdiri untuk tempoh yang lama.

NEA menguruskan dan mengawal selia 114 pasar dan pusat penjaja di merata Singapura.

Ia mengumumkan pada Mei lalu bahawa para pelanggan yang gagal mengembalikan dulang mereka di pusat-pusat penjaja mulai 1 September mungkin diberi amaran dan denda, dengan tempoh penyesuaian selama tiga bulan bermula pada Jun.

Pengurus besar di Greensafe International, Encik Thorasamy Rajagopal memberitahu Mediacorp pada Jumaat bahawa syarikat itu sudah menarik balik kesemua iklan seperti yang dinasihatkan oleh NEA.

"Tender itu belum diberikan lagi dan oleh itu keputusannya adalah seperti yang tersebut," kata Encik Rajagopal dalam jawapan menerusi emel. "Perkara ini sudah selesai dan kami tidak mempunyai sebarang komen."

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan