Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA guna tong sampah terapung bersihkan kawasan perairan

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengumpul secara purata 280 tan sampah dari longkang-longkang dan terusan setiap bulan. Jumlah itu cukup untuk mengisi sekurang-kurangnya 10 kontena kapal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2019 07:15PM Dikemas Kini : 22 Jan 2019 01:55AM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengumpul secara purata 280 tan sampah dari longkang-longkang dan terusan setiap bulan. Jumlah itu cukup untuk mengisi sekurang-kurangnya 10 kontena kapal.

Lantaran itu, sebuah projek diluaskan untuk memasang tong sampah terapung dalam usaha membersihkan perairan negara ini. Kaedah itu memanfaatkan penggunaan pam. Secara purata, tong sampah itu boleh mengumpul sekitar tiga hingga empat kilogram sampah seperti puntung rokok dan beg plastik.

Kini terdapat tiga tong sampah seperti itu yang diletakkan di Kelab Kapal Layar Republik Singapura dan ONE°15 Marina. Ini bermakna proses pembersihan memerlukan kurang tenaga manusia dan perjalanan bot.

Tong-tong sampah itu juga yang pertama seumpamanya di Asia yang diharapkan dapat memberi kesedaran tentang bahaya pencemaran di laut yang mampu membunuh kehidupan laut dan mengancam kesihatan manusia.

Di kawasan perairan lain di Singapura, peralatan terapung juga dikerahkan untuk mengumpul sampah sebelum sampai ke laut.

Agensi air negara PUB menyatakan lebih 60 perangkap sisa dan joran terapung dipasang. Selain itu, pendekatan baru juga akan dilaksanakan. Sebagai contoh, mulai tahun depan, kapal-kapal tidak lagi dibenarkan untuk melepaskan air yang digunakan untuk membersihkan enjin. 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan