Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA gantung lesen TungLok Catering di Expo atas kes gastroenteritis

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menggantungkan lesen syarikat TungLok Catering di Max Atria @ Singapore Expo sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak. Agensi itu mengumumkan mengenai notis penggantungan tersebut semalam (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
NEA gantung lesen TungLok Catering di Expo atas kes gastroenteritis

Lesen TungLok Catering digantung sehingga diberitahu kelak. (Gambar: TungLok Events & Catering/Facebook)

Diterbitkan : 24 Nov 2018 02:15PM Dikemas Kini : 24 Nov 2018 02:17PM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menggantungkan lesen syarikat TungLok Catering di Max Atria @ Singapore Expo sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak. Agensi itu mengumumkan mengenai notis penggantungan tersebut semalam (23 Nov).

Langkah itu diambil atas kepentingan kesihatan awam, menurut NEA sambil menambah bahawa sebilangan kes gastroenteritis atau radang perut dan usus - yang menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah - dikesan berpunca daripada syarikat katering TungLok Group.

"Dengan kerjasama (Kementerian Kesihatan) dan (Penguasa Agromakanan dan Veterinar), NEA sedang menyiasat sebilangan kes gastroenteritis yang dikesan berpunca daripada memakan sajian yang disediakan oleh TungLok Cattering," menurut agensi tersebut.

Gastroenteritis biasanya disebabkan oleh makanan atau air minuman yang dicemari bakteria atau virus.

Tempoh penggantungan TungLok Catering berkuatkuasa pada Jumaat (23 Nov) dan ia akan terus dikuatkuasakan sehingga diberitahu kelak.

Semua penyedia makanan yang bekerja di lokasi-lokasi yang digantung harus menghadiri semula dan lulus Kursus Asas Kebersihan Makanan sebelum menyambung tugas mereka, menurut agensi itu.

"NEA mahu mengingatkan para pengendali makanan supaya sentiasa mematuhi amalan kebersihan makanan dan peribadi," menurut agensi berkenaan sambil menambah bahawa ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil "tindakan tegas" terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Sekitaran.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan