Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA bakal guna kamera ‘tangkap’ perbuatan merokok di kawasan larangan

Kamera-kamera terma (thermal camera) yang mengesan perbuatan merokok di kawasan larangan berupaya memetik gambar definisi tinggi para pelaku pada jarak sejauh 100 meter, kata seorang pakar industri.

Anggaran Waktu Membaca:
NEA bakal guna kamera ‘tangkap’ perbuatan merokok di kawasan larangan

Kamera terma mengesan seseorang merokok. (Gambar: Transmex Systems International melalui Dahua)

Diterbitkan : 20 Sep 2018 08:10AM Dikemas Kini : 20 Sep 2018 08:12AM

SINGAPURA: Kamera-kamera terma (thermal camera) yang mengesan perbuatan merokok di kawasan larangan berupaya memetik gambar definisi tinggi para pelaku pada jarak sejauh 100 meter, kata seorang pakar industri.

Selain mampu mengesan pergerakan para pelaku, kamera itu juga beroperasi pada waktu siang dan malam, tambah Encik Kenneth Tan, seorang pengarah penjualan di Transmex Systems International (TSI), penyedia huraian keselamatan yang menawarkan sistem-sistem pengawasan bagi penguatkuasaan undang-undang.

Dalam ucapan penutupnya menyusuli satu perbahasan Parlimen tentang Rang Undang-Undang Merokok (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu) (Pindaan) pada 10 September lalu, Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air Amy Khor mengatakan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang meninjau-ninjau "penggunaan kamera terma yang mampu mencegah perbuatan merokok di tempat-tempat larangan".

"Kamera-kamera ini dilengkapi dengan keupayaan mengesan arus udara panas di mana perbuatan merokok akan dikesan. Ia boleh dikawal dari jarak jauh," tambah beliau. "Apabila dipasang, kamera-kamera ini mampu memetik gambar-gambar sebarang pelanggaran dan memudahkan siasatan NEA."

Masih belum jelas lagi bilakah kamera-kamera terma itu akan dipasang. NEA sudah mempelawa para kontraktor yang menyediakan khidmat seperti itu untuk menyerahkan tender, dan agensi tersebut masih menilai permohonan-permohonan yang diserahkan, kata Dr Khor.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, NEA menyatakan bahawa kamera-kamera itu akan dipasang di kawasan perumahan dan daerah di mana "terdapat maklum balas berkaitan isu merokok secara berterusan". Ini termasuk di kawasan koridor, lobi lif dan tangga-tangga.

Kamera-kamera seumpama itu juga mampu memetik gambar wajah para pejalan kaki dan penunggang motosikal meskipun mereka sedang bergerak.

Pada waktu malam pula, ia mampu mengubah suai operasinya secara automatik, kata Encik Tan. "Di Singapura, kawasan jalan raya selalunya sangat terang." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan