Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA, AVA: Lebih banyak syarikat katering diperiksa semasa musim perayaan

Pemeriksaan ke atas tempat makan akan dipertingkat semasa musim perayaan ini, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) pada Isnin (3 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2018 09:11PM Dikemas Kini : 03 Dec 2018 09:35PM

SINGAPURA: Pemeriksaan ke atas tempat makan akan dipertingkat semasa musim perayaan ini, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) pada Isnin (3 Dis).

Tumpuan khas akan diberikan terhadap pemegang lesen yang menyediakan khidmat katering dan premis-premis lain yang mempunyai operasi katering pada Disember, menurut kedua-dua agensi dalam satu kenyataan bersama.

Bilangan pelanggan yang makan di luar dan memesan makanan dari syarikat katering dijangka meningkat. Lantas, NEA dan AVA menyatakan, penyedia khidmat makanan akan diberi peringatan tentang amalan baik kebersihan semasa menyediakan makanan.

Tumpuan terhadap syarikat penyedia makanan itu dibuat menyusuli tiga kejadian keracunan makanan besar-besaran pada bulan November.

Minggu lalu lebih 130 murid dan guru sakit selepas memakan makanan yang disediakan Foodtalks Caterer and Manufacturer di satu perkhemahan kanak-kanak prasekolah.

Sayap katering syarikat restoran TungLok digantung lesennya selepas 190 orang sakit dan dikesan dengan tanda-tanda gastroenteritis, menurut pihak berkuasa pada 24 November.

Awal sebelum itu, seorang pegawai SATS meninggal dunia selepas makan hidangan bento dari cawangan restoran Spize di River Valley. Allahyarham Fadli Saleh antara 81 orang yang jatuh sakit selepas makan makanan yang disediakan resotran tersebut.

Lesen TungLok Catering dan cawangan Spize di River Valley digantung, manakala FoodTalks sedang disiasat.

Pihak berkuasa juga mengingatkan orang awam agar menghabiskan makanan yang disediakan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Lazimnya makanan katering perlu dimakan dalam masa empat jam makanan itu diletakkan dalam "zon suhu bahaya" antara lima hingga 60 darjah Selsius. Syarikat katerer diwajibkan memaparkan waktu tempoh itu untuk memaklumkan para pelanggan.

"Setiap hidangan katering mempunyai risiko kerana ia tidak dimakan serta merta selepas disiapkan," menurut AVA dan NEA.

NEA menyatakan pihaknya akan mendampingi para wakil dari Persatuan Karyawan Katering Singapura dan Persatuan Restoran Singapura tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan makanan.

Setakat hujung November, NEA sudah menjalankan 73,000 pemeriksaan ke atas tempat penjualan makanan, mengambil 2,600 tindakan terhadap mereka yang melanggar udang-undang kebersihan dan menggantung 84 lesen.

AVA pula menjalankan lebih 9,000 pemeriksaan ke atas pengeluar makanan, mengambil tindakan ke atas hampir 500 pemegang lesen dan menggantung 13 lesen tahun ini.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan