Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDR 2019: Pengalaman Bicentennial dilanjutkan 3 bulan penuhi permintaan ramai

Pengalaman Bicentennial, acara utama memperingati sejarah dan evolusi Singapura, akan dilanjutkan selama tiga bulan lagi, kata Perdana Menteri Lee Hsien loong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaannya pada Ahad (18 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
NDR 2019: Pengalaman Bicentennial dilanjutkan 3 bulan penuhi permintaan ramai

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 18 Aug 2019 09:57PM Dikemas Kini : 18 Aug 2019 10:02PM

SINGAPURA: Pengalaman Bicentennial, acara utama memperingati sejarah dan evolusi Singapura, akan dilanjutkan selama tiga bulan lagi, kata Perdana Menteri Lee Hsien loong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaannya pada Ahad (18 Ogos).

Pameran imersif, pelbagai indera itu dijadual berakhir pada September, namun kini akan terus dibuka sehingga hujung tahun. Ia bagaimanapun akan ditutup selama dua minggu antara 16 hingga 30 September bagi kerja-kerja penyenggaraan.

Semasa mengumumkan lanjutan tarikh itu, Encik Lee menarik perhatian bahawa ratusan ribu orang sudah mengunjungi pameran Pengalaman Bicentennial di Fort Canning dan menerima banyak permintaan untuk melanjutkannya.

"Lakonan semula menghidupkan sejarah yang kaya dan kompleks mengingatkan kita mengapa kita bangga menjadi warga Singapura," kata beliau.

Dalam satu kenyataan media berasingan, Pejabat Dwiabad Singapura (SBO) menyatakan sasaran awal adalah untuk menarik 300,000 pengunjung bagi pameran Pengalaman Bicentennial antara 1 Jun hingga 15 September. Namun jumlah pengunjung sudah menjangkaui sasaran itu setakat 3 Ogos, dan pihaknya menjangkakan lebih 400,000 orang mengunjungi pameran itu menjelang hujung Ogos, dua minggu sebelum tarikh tutup asalnya pada 15 September.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Pandu Peringkat Menteri Bicentennial Singapura, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata pameran Pengalaman tersebut dilakarkan untuk menjadikan sejarah Singapura lebih mudah diakses dan lebih menarik dan beliau berbesar hati ia mendapat sokongan padu.

Selepas kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan pada September, pameran itu akan dibuka dari 1 Oktober hingga 31 Disember.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan