Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDR 2019: Maklum balas menunjukkan rakyat Singapura berfikir jangka panjang: DPM Heng

Unit maklum balas pemerintah Reach menyatakan pihaknya sudah mengumpul maklum balas daripada lebih 5,000 rakyat Singapura menyusuli Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) Perdana Menteri Lee Hsien Loong. 

Anggaran Waktu Membaca:
NDR 2019: Maklum balas menunjukkan rakyat Singapura berfikir jangka panjang: DPM Heng

Orang ramai di kawasan Orchard Road, Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 29 Aug 2019 11:42PM Dikemas Kini : 30 Aug 2019 12:34AM

SINGAPURA: Unit maklum balas pemerintah Reach menyatakan pihaknya sudah mengumpul maklum balas daripada lebih 5,000 orang menyusuli Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata respons yang dikumpulkan itu akan digunakan dalam membantu ke arah penggubalan dasar.

Beliau berkata demikian kepada pihak media di luar sesi dialog tertutup bersama hampir 200 peserta mengenai pengumuman yang dibuat semasa NDR pada 18 Ogos itu.

"Reach sudah berusaha mendapatkan maklum balas rakyat Singapura dari tempat-tempat berbeza, menerusi pelbagai cara melibatkan semua lapisan masyarakat.

Maklum balas yang terkumpul akan diberikan kepada kementerian agar kami dapat edikit sebanyak tahu reaksi dan sambutan penduduk terhadap dasar-dasar tertentu dan bagaimana ia difahami. Selain itu, dasar-dasar baru yang mungkin diperlukan," ujar Encik Heng.

Menurut Reach, 80 peratus maklum balas berpendapat bahawa ucapan PM Lee sudah segera menangani keprihatinan mengenai masa depan mereka, serta isu-isu yang penting kepada negara.

Antara topik-topik yang menarik perhatian kebanyakan orang - perubahan kepada usia persaraan dan pengambilan semula bekerja, perubahan kepada kadar sumbangan CPF, perubahan iklim, serta subsidi-subsidi universiti dan pra-sekolah.

Menurut Reach, pihaknya mendapat maklum balas daripada lebih 5,000 rakyat Singapura menerusi 21 sesi maklum balas, termasuk perbincangan melalui radio, kumpulan chat WhatsApp dan sesi-sesi dialog.

"Saya rasa mesej bahawa pemerintah masih terus komited untuk membawa rakyat Singapura ke hadapan untuk memajukan kepentingan rakyat Singapura, dan bagi masa depan Singapura, adalah mesej yang disambut baik rakyat Singapura," kata Encik Heng.

"Di pihak pemerintah, kami komited untuk bekerja keras untuk mencapainya,
dan bekerja bersama rakyat Singapura dalam fasa pembangunan negara seterus,"jelas beliau. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan