Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDR 2019: Inisiatif tenaga manusia rata-rata positif; prihatin tentang butiran

Maklum balas mengenai pelbagai inisiatif tenaga manusia yang diumumkan di Rapat Umum Hari Kebangsaan, secara umumnya adalah positif.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2019 04:14PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 11:13PM

SINGAPURA: Maklum balas mengenai pelbagai inisiatif tenaga manusia yang diumumkan di Rapat Umum Hari Kebangsaan, secara umumnya adalah positif.

Namun ada keprihatinan tentang perinciannya.

Dalam wawancara dengan CNA938, Naib Pengerusi Panel Penyelia REACH, Cik Rahayu Mahzam berkata rakyat tempatan menyambut baik pilihan untuk bekerja lebih lama.

Namun AP GRC Jurong itu menambah ada keprihatinan tentang bagaimana inisiatif itu akan dilaksanakan dan bagaimana perubahan dalam caruman CPF akan menjejas para pekerja serta majikan.

Cik Rahayu juga berkata subsidi prasekolah mendapat sambutan amat baik bu bapa muda.

Ini memandangkan ia dapat mengurangkan perbelanjaan mereka dengan banyak.

Ibu bapa para mahasiswa juga menyambut baik subsidi pengajian tinggi.

Mengenai isu sekitaran pula, Cik Rahayu berkata para pejuang alam sekitar menyeru lebih banyak langkah berkaitan perubahan iklim.

Mereka berpendapat langkah-langkah yang diambil lebih bersifat menangani daripada mencegahnya daripada berlaku.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan