Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDR 2018: Indranee Rajah dedah bagaimana pemerintah akan tampung pelbagai skim bantu rakyat

Pemerintah akan bertanggungjawab mengawasi sumber-sumber negara.

Anggaran Waktu Membaca:
NDR 2018: Indranee Rajah dedah bagaimana pemerintah akan tampung pelbagai skim bantu rakyat

Gambar fail Cik Indranee Rajah. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 20 Aug 2018 07:05PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 07:16PM

SINGAPURA: Pemerintah akan bertanggungjawab mengawasi sumber-sumber negara.

Pelbagai skim yang digariskan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan, juga akan dibiayai menerusi penjimatan dan pinjaman.

Menteri Kedua Kewangan merangkap Pendidikan, Indranee Rajah, berkata demikian dalam temubual dengan stesen radio 938Now semasa menjawab pertanyaan para pendengar.

Singapura mempunyai beberapa projek prasarana mega yang sedang dijalankan.

Misalnya, Terminal 5 Lapangan Terbang Changi dan Pelabuhan Mega Tuas.

Dengan peningkatan yang dirancang bagi perumahan dan penjagaan kesihatan di Singapura, terdapat tanda tanya mengenai bagaimana ia akan dibiayai pemerintah.

Menjawab pertanyaan itu, Cik Indranee berkata bahawa agensi-agensi pemerintah bergantung kepada penjimatan dan pinjaman untuk membiayai projek-projek tersebut, di samping menumpukan perhatian terhadap usaha mengekalkan pertumbuhan pendapatan.

Cik Indranee juga menarik perhatian bahawa komunikasi dan penglibatan yang baik antara agensi-agensi pemerintah dan orang ramai adalah kunci untuk mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat.  

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan