Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP ditunda ke 21 Ogos selepas Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dijadual berakhir

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang sepatutnya berlangsung pada 9 Ogos di Pentas Terapung Marina Bay kini ditunda ke 21 Ogos selepas Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dijadual berakhir. 

Anggaran Waktu Membaca:
NDP ditunda ke 21 Ogos selepas Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dijadual berakhir

Seorang kakitangan memegang bendera Singapura di atas kenderaan semasa raptai perarakan kenderaan di Tuas South pada 1 Ogos 2020. (Gambar fail: Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang sepatutnya berlangsung pada 9 Ogos di Pentas Terapung Marina Bay kini ditunda ke 21 Ogos selepas Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dijadual berakhir.

Kementerian Pertahanan mengumumkan demikian dalam satu kenyataan media hari ini (22 Jul).

Bagaimanapun, satu perbarisan istiadat akan diadakan pada tanggal 9 Ogos nanti.

Ia serupa dengan yang dianjurkan tahun lalu di Padang tetapi kali ini, ia akan diadakan di Pentas Terapung di Marina Bay, menurut MINDEF.

Pertunjukan bunga api di kawasan-kawasan kejiranan serta acara payung terjun Red Lions yang sebelum ini diumumkan akan diadakan sepanjang hujung minggu 7 hingga 8 Ogos akan dibatalkan.

Menurut MINDEF, raptai NDP dan acara pratonton yang sebelum ini dirancang berlangsung masing-masing pada 24 Julai dan 31 Julai juga ditunda.

Sebagai membuat persediaan bagi NDP pada 21 Ogos, raptai akan dijalankan pada tarikh yang kemudian dan dalam kumpulan-kumpulan yang lebih kecil.

MINDEF menyatakan tarikh raptai NDP tidak akan diumumkan untuk mengelak orang ramai daripada berhimpun di sekitar kawasan Marina Bay.

"Sejak 1966, NDP diadakan setiap tahun untuk meraikan hari kemerdekaan Singapura.

"Acara nasional ini menyatukan semua rakyat Singapura daripada segenap lapisan masyarakat, sebagai satu bangsa untuk mengikrarkan perpaduan dan semangat kenegaraan kita. Perubahan tahun ini membolehkan NDP 2021 untuk dianjurkan dalam keadaan lebih selamat sementara mengekalkan tradisi yang dihargai itu," jelas MINDEF.

Dalam satu kenyataan media berasingan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, ia mengumumkan bahawa Rapat Umum Hari Kebangsaan akan diadakan pada Ahad, 29 Ogos, di kampus Mediacorp. Sebelum ini, rapat itu dijadual berlangsung pada 22 Ogos.

Ini memandangkan NDP sudahpun ditunda ke 21 Ogos, iaitu hanya sehari sebelum Rapat Umum sepatutnya berlangsung.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan