Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP 2019: Pertunjukan bunga api dipancar di Sungai Singapura buat pertama kali

SINGAPURA: Pertunjukan bunga api Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan di lapan tempat sepanjang dua hari.

Anggaran Waktu Membaca:
NDP 2019: Pertunjukan bunga api dipancar di Sungai Singapura buat pertama kali

Pertunjukan bunga api semasa Perbarisan Hari Kebangsaan. (Gambar: CNA/Loke Kok Fai)

Diterbitkan : 25 Jul 2019 08:24PM Dikemas Kini : 08 Aug 2019 12:38PM

SINGAPURA: Pertunjukan bunga api Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan di lapan tempat sepanjang dua hari.

Salah satunya di Sungai Singapura iaitu yang pertama kalinya dalam sejarah NDP.

Pertunjukan bunga api sememangnya paling dinanti-nantikan orang ramai setiap kali NDP.

Tahun ini, pertunjukannya di Marina Bay diadakan "secara panoramik" bagi memberi pemandangan lebih menarik.

Ia dapat dilakukan dengan penggunaan tongkang terpanjang dalam sejarah NDP.

Di Padang sendiri, bunga api akan dipancarkan dari tempat-tempat seperti kekuda cahaya dan dari atas skrin LED.

Sungai Singapura pula akan diterangi cahaya bunga api semasa sambutan NDP buat julung-julung kalinya.

Istimewa buat tahun ini, pertunjukan bunga api juga akan diadakan di lima estet perumahan sehari selepas barisan NDP.

Lima estet itu ialah Jurong East, Woodlands, Punggol, Wisma Geylang Serai dan Bishan.

Sumber : CNA/HA/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan