Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP 2019 diisytihar 'acara khas dengan ciri keselamatan dipertingkat'

Perbarisan Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Padang pada 9 Ogos ini, diisytiharkan sebagai ''Acara Khas dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan'' di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Anggaran Waktu Membaca:
NDP 2019 diisytihar 'acara khas dengan ciri keselamatan dipertingkat'

NDP tahun ini akan menyaksikan 2,500 peserta.

Diterbitkan : 01 Aug 2019 03:43PM Dikemas Kini : 08 Aug 2019 12:33PM

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Padang pada 9 Ogos ini, diisytiharkan sebagai ''Acara Khas dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan'' di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Polis turut mendedahkan pada Khamis (1 Ogos) bahawa kawasan sekitar Padang juga diklasifikasikan sebagai kawasan acara khas dengan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan.

Dron tidak boleh diterbangkan di kawasan berkenaan tanpa permit yang sah.

Dron para pesalah akan dirampas dan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan atau didenda sehingga $20,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam kawasan acara khas itu terdapat zon khusus, dengan kawalan keselamatan yang lebih ketat akan dikuatkuasakan dan pemeriksaan keselamatan akan dijalankan.

Kesemua kenderaan atau individu yang memasuki kawasan itu akan diwajibkan menjalani pemeriksaan keselamatan.

Kawasan acara khas dan zon khusus itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam 8 Ogos sehingga 11.59 malam pada 9 Ogos.

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan