Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Navy@Vivo: Presiden Halimah bawa penerima bantuan Cabaran Presiden naik kapal perang RSN

Rakyat Singapura dari semua lapisan masyarakat berpeluang untuk menaiki kapal perang Tentera Laut dan 'berlayar' ke Selat Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2019 07:58PM Dikemas Kini : 17 Nov 2019 09:22PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura dari semua lapisan masyarakat berpeluang untuk menaiki kapal perang Tentera Laut dan 'berlayar' ke Selat Singapura.

Hari ini (17 Nov), Presiden Halimah menyertai mereka berserta dengan 300 penerima bantuan Cabaran Presiden.

Acara itu sebahagian daripada program mendekati masyarakat, Navy@Vivo.

Kelasi-kelasi juga berkongsi dengan para penerima bantuan rutin seharian mereka menaik kapal perang itu.

Di darat pula, Presiden Halimah dan kanak-kanak melihat-lihat pameran tentang perdagangan maritim Singapura.

Semasa lawatan tersebut, beliau juga meluahkan penghargaan kepada Tentera Laut kerana menyokong Cabaran Presiden.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan