Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nasi Lemak Ayam Taliwang antara hidangan dijual $1 sahaja Sabtu ini

Jika anda tidak ada rancangan Sabtu ini (23 Jun), apa kata anda datang ke Pusat Penjaja Taman Yishun.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Jika anda tidak ada rancangan Sabtu ini (23 Jun), apa kata anda datang ke Pusat Penjaja Taman Yishun.

Istimewa pada hari itu sahaja, anda dapat menikmati pelbagai hidangan hanya pada harga $1 setiap satu.

BERITAMedicorp mengupas idea menarik ini bagi memasarkan pusat penjaja yang baru dibuka pada bulan September lalu.

Pusat Penjaja Yishun Park. (Gambar: Lennard Lim)

(Gambar: Lennard Lim)

Makanan di pusat penjaja lazimnya dalam lingkungan harga antara $3 dengan $5.

Namun Sabtu ini, mereka yang mengunjungi Pusat Penjaja Taman Yishun akan dapat membeli bukan satu tetapi lima hidangan hanya pada harga $5.

Ini kerana setiap makanan akan dijual pada harga $1 sahaja.

Ini dilakukan sempena karnival $1 yang dianjurkan buat pertama kalinya oleh pusat penjaja tersebut.

Idea itu sebenarnya diilhamkan daripada sebuah acara serupa yang pernah dianjurkan di sebuah pusat penjaja di Chinatown.

Gambar

Pemilik gerai Nasi Lemak Ayam Taliwang, Mohammed Noordin Mubarak Ahmad memberitahu BERITAMediacorp idea itu tercetus sewaktu beliau dan beberapa pegerai lain sedang berehat seketika daripada kesibukan melayan pelanggan masing-masing.

"Semasa kami sedang makan tengah hari, kami dapat idea untuk menerapkan acara serupa (seperti di Chinatown) pada Pusat Penjaja Taman Yishun. Selepas beberapa idea dikongsi, kita memutuskan $1 bagi makanan di pusat penjaja berbaloi," kata Encik Noorman, 39 tahun.

Gerai Encik Noorman adalah salah satu daripada lima gerai makanan halal yang turut sama menyertai karnival itu.

(Gambar-gambar: BERITAMediacorp/Nurulkhasanah Agost)

Lagi empat gerai makanan halal yang terlibat sama adalah, Kalsom Kuih Muih (epok-epok), Four Hands (Mee rebus), SJ Sickaner (Roti Prata) dan De’Hassan Ambeng (Lontong).

Meskipun, sajian hidangan $1 itu kecil sedikit berbanding hari-hari biasa namun, pada potongan harga lebih $4, misalnya bagi nasi lemak ayam Taliwang, ia cukup memuaskan.

Setakat ini, sebanyak 27 gerai akan menawarkan makanan pada harga $1, dengan setiap gerai menjual satu hidangan terpilih daripada menu mereka untuk dijual pada harga tersebut.

Bagi pemilik gerai Kalsom Kuih Muih, Kalsom Kamis, karnival itu juga diharap sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang Pusat Penjaja Taman Yishun.

(Gambar-gambar: BERITAMediacorp/Nurulkhasanah Agost)

"Supaya ramai pelanggan kalau sudah mencuba bolehlah datang di pusat penjaja ini, boleh mencuba lain-lain, seperti kuih-muih yang lain.

(Gambar-gambar: BERITAMediacorp/Nurulkhasanah Agost)

"Selalunya saya menyediakan (epok-epok pada harga) $1.30 untuk satu, kali ini saya akan menyediakan dua (epok-epok) untuk $1," ujar Cik Kalsom.

(Gambar-gambar: BERITAMediacorp/Nurulkhasanah Agost)

Idea ini disokong sepenuhnya oleh pihak pengurusan Pusat Penjaja Taman Yishun, Timbre Group.

"Makanan yang dijual sedolar ini bagi menggalak lebih ramai orang datang, menjamu dan jatuh cinta dengannya dan kemudian kembali lagi ke sini pada masa akan datang untuk menjadi pelanggan di pusat penjaja ini," kata Pengurus Pemasaran Pusat Penjaja Yishun, Joey Wong.

(Gambar-gambar: BERITAMediacorp/Nurulkhasanah Agost)

Tambah beliau, "Kalau biasanya setiap individu akan membeli hanya satu jenis makanan, karnival itu memberi peluang untuk mereka membeli lebih daripada satu hidangan untuk dikongsi dan dicuba bersama keluarga dan rakan-rakan."

Jualan istimewa itu bermula dari 11.00 pagi hingga 5.00 petang, selagi stok makanan $1 masih ada. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan