Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas Lucky Plaza: 2 mangsa di hospital kini dalam keadaan 'stabil'

Dua pekerja Filipina yang terbabit dalam nahas Lucky Plaza masih menjalani rawatan namun kini dalam "keadaan stabil", menurut Pusat bagi Pembantu Rumah (CDE) dalam catatan Facebook hari ini (12 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas Lucky Plaza: 2 mangsa di hospital kini dalam keadaan 'stabil'

Gambar yang tersebar di media sosial menyusuli kemalangan di Lucky Plaza pada 29 Dis 2019.

Diterbitkan : 12 Jan 2020 10:24PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 10:25PM

SINGAPURA: Dua pekerja Filipina yang terbabit dalam nahas Lucky Plaza masih menjalani rawatan namun kini dalam "keadaan stabil", menurut Pusat bagi Pembantu Rumah (CDE) dalam catatan Facebook hari ini (12 Jan).

Nahas berkenaan yang berlaku pada 29 Dis, meragut nyawa dua wanita dan mencederakan empat orang.

Dua yang terkorban dikenal pasti sebagai Cik Abigail Danao Leste dan Cik Arlyn Picar Nucos.

Empat mangsa yang cedera adalah Cik Arceli Picar Nucos yang merupakan saudara perempuan Cik Arlyn. Dua lagi mangsa, Cik Egnal Layugan Limbauan dan Cik Demet Limbauan Limbauan adalah sepupu. Mangsa keempat pula Cik Laila Flores Laudencia.

Keenam-enam wanita itu adalah pembantu rumah asing daripada Filipina.

Cik Arceli dan Cik Egnal yang masih dirawat di Hospital Tan Tock Seng, 'sudah pun dipindahkan ke wad biasa', kata Encik Yeo Guat Kwang, Pengerusi CDE.

DANA BANTUAN DIBERIKAN KEPADA KELUARGA KORBAN

Di Filipina, urusan persemadian bagi Cik Abigail dan Cik Arlyn sudah pun selesai, kata Encik Yeo sambil menjelaskan pusat itu akan menghantar dana yang dikumpul kepada keluarga mendiang.

Dalam catatan Facebooknya, Encik Yeo juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan Hospital Tan Tock Seng dan masyarakat Singapura.

Beliau menulis: "CDE ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan TTSH atas segala yang dilakukan bagi mangsa nahas.

"Kami berterima kasih dan amat tersentuh dengan bantuan dan sokongan yang melimpah bagi pekerja pembantu dalam dua minggu kebelakangan ini.

"Kami terus berharap semangat sosial itu dapat diperkukuhkan lagi dan rakyat Singapura dapat terus menghargai sumbangan kesemua pekerja asing."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan