Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas ke-2 libatkan e-skuter hari ini: Remaja dilanggar kereta di Woodlands

Seorang lelaki berusia 16 tahun dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan antara e-skuter dan sebuah kereta hari ini (30 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas ke-2 libatkan e-skuter hari ini: Remaja dilanggar kereta di Woodlands

Kemalangan e-skuter di Woodlands. (Gambar: Facebook/ Singapore Road Accident)

Diterbitkan : 30 Nov 2017 08:21PM Dikemas Kini : 02 Dec 2017 11:07AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 16 tahun dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan antara e-skuter dan sebuah kereta hari ini (30 Nov).

Kemalangan itu berlaku di persimpangan Woodlands Drive 50 dan Woodlands Avenue 4 sekitar 2.40 petang, menurut polis.

Penunggang lelaki yang berusia 16 tahun itu dalam keadaan sedar apabila beliau dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Ini merupakan nahas kedua yang melibatkan e-skuter hari ini.

Pagi tadi, seorang lelaki berusia 52 tahun maut selepas e-skuternya dilanggar sebuah bas.  

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan