Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas jalan raya antara ancaman utama haiwan liar di negara ini

Nahas jalan raya merupakan antara ancaman utama yang dihadapi haiwan liar di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jun 2018 07:54PM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 10:21PM

SINGAPURA: Nahas jalan raya merupakan antara ancaman utama yang dihadapi haiwan liar di negara ini.

Sekurang-kurangnya lima ekor haiwan mati di jalan raya dalam kawasan Mandai sejak tahun lalu.

Mediacorp tinjau apa yang sedang dilakukan untuk memastikan keselamatan haiwan liar semasa menyeberang jalan di Mandai.

JAMBATAN HAIWAN SEBERANG

Antara langkah yang diambil adalah dengan menyediakan struktur tali 50 meter panjang yang sebenarnya merupakan jambatan bagi haiwan menyeberang di Mandai Lake Road.

Struktur tali itu kelihatan biasa tetapi ia sebenarnya memainkan peranan yang penting.

Ia dapat menyelamatkan nyawa haiwan liar di kawasan tersebut.

Setinggi 10 meter, jambatan itu siap pada April lalu dan reka bentuknya berdasarkan maklum balas dari beberapa kumpulan tertentu.

Ia turut dilengkapi alat deria bagi memantau bagaimana haiwan-haiwan liar menggunakannya.

Sejak jambatan berkenaan dibina, tiada kejadian kematian haiwan di jalan raya sepanjang 1.5 kilometer.

Langkah-langkah mengurangkan kelajuan kenderaan seperti memasang papan-papan tanda dan bendungan kelajuan juga dilaksanakan.

Jambatan tersebut merupakan sebahagian projek menghidupkan semula kawasan Mandai, yang termasuk jambatan hubungan eko bagi haiwan liar menyeberang jalan.

Jambatan itu mula dibina setahun lalu dan akan siap sepenuhnya menjelang 2019.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan