Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas bot California: Warga S'pura Sunil Singh Sandhu disahkan antara 34 maut

Seorang rakyat Singapura yang menetap di San Francisco Bay Area disahkan sebagai antara 34 mangsa kebakaran bot di California.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas bot California: Warga S'pura Sunil Singh Sandhu disahkan antara 34 maut

Dr Sunil Singh Sandhu meninggal dunia dalam nahas bot California pada usia 45 tahun. (Gambar: Geetajeet Kaur)

Diterbitkan : 12 Sep 2019 08:52PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 08:54PM

SINGAPURA: Seorang rakyat Singapura yang menetap di San Francisco Bay Area disahkan sebagai antara 34 mangsa kebakaran bot di California.

Dr Sunil Singh Sandhu berusia 45 tahun berada di bot penyelam Conception pada 2 September lalu yang sedang belayar dari pulau Santa Cruz.

Kakak Sunil, Cik Geetajeet Kaur, memberitahu Mediacorp pada Khamis (12 Sep) bahawa keluarganya akan berangkat ke Amerika Syarikat pada Sabtu sebelah lewat petang untuk menjalankan persemadian jenazah di sana setelah ujian DNA mengesahkan Dr Sunil adalah dalam kalangan mangsa nahas berkenaan.

"Kami masih cuba untuk menerima hakikat tragedi ini berlaku," ujar beliau.

Sebelum pengesahan tersebut, Cik Geetajeet berkata: "Kami masih tidak percaya Sunil sudah tiada".

Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura hari ini (12 Sep) mengesahkan bahawa dua rakyat Singapura menjadi antara mangsa kebakaran tersebut.

Ia menyatakan: "Pihak Kementerian ingin menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga-keluarga yang kehilangan orang tersayang mereka. Ingatan dan doa kami bersama mereka dalam masa-masa sukar ini".

MFA merakamkan penghargaan atas bantuan yang dihulurkan oleh pihak-pihak berkuasa Amerika Syarikat sambil menambah ia akan bekerjasama rapat dengan mereka untuk memberi sokongan kepada para keluarga kedua-dua mangsa rakyat Singapura itu.

Kesemua mayat mangsa bencana itu sudahpun ditemui apabila para penyelam pada Rabu (11 Sep) menemui mayat mangsa terakhir.

Pada hari yang sama, pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) mengeluarkan buletin keselamatan yang tertumpu kepada cara melarikan diri sewaktu kecemasan, latihan kelasi serta pengecasan bateri litium ion.

USCG tidak mengenal pasti punca nahas dalam buletin keselamatannya namun dokumen mencadangkan para penyiasat melihat kemungkinan bahawa kebakaran itu tercetus oleh pengesan peralatan elektronik.

Kebakaran yang belaku pada tengah malam itu menggesa berbilang agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan dan bersekutu untuk memulakan siasatan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan