Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muzium Filatelik Singapura, Muzium Peranakan akan ditutup bagi pembangunan semula

Muzium Filatelik Singapura dan Muzium Peranakan akan ditutup untuk pembangunan semula, menurut Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam satu kenyataan media pada Isnin (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Muzium Filatelik Singapura, Muzium Peranakan akan ditutup bagi pembangunan semula

Muzium Filatelik Singapura (kiri) dan Muzium Peranakan. (Gambar: Google Maps, Facebook Muzium Filatelik Singapura)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 03:30PM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 03:31PM

SINGAPURA: Muzium Filatelik Singapura dan Muzium Peranakan akan ditutup untuk pembangunan semula, menurut Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam satu kenyataan media pada Isnin (21 Jan).

Muzium Filatelik Singapura akan ditutup kepada orang awam dari 18 Mar dan dijangka akan dibuka semula pada hujung tahun depan. Muzium Peranakan akan ditutup dari 1 Apr dan akan dibuka semula pada pertengahan 2021.

Kedua-dua muzium akan ditutup untuk "memberi nafas baru pada infrastruktur muzium-muzium", kandungan dan tawaran untuk meningkatkan pengalaman pengunjung," menurut NHB.

Dibuka secara rasmi pada 1995, Muzium Filatelik Singapura menggunakan setem-setem untuk memaparkan warisan Singapura dan hubungannya dengan dunia.

Kerja-kerja pembangunan semula muzium itu termasuk peningkatan infrastruktur bagi bangunan muzium serta pameran-pameran tetap dan berubah untuk meningkatkan pengalaman pengunjung, menurut NHB.

Sebelum ia ditutup, muzium itu akan menganjurkan tiga acara rumah terbuka yang dibuka secara percuma kepada semua orang. Ia juga akan menawarkan program-program khas seperti aktiviti-aktiviti Tahun Baru Cina pada 6 Feb, dan peluang terakhir untuk menyaksikan pameran The Little Prince dan beberapa program sampingan pada 10 dan 17 Mar.

Semasa proses pembangunan semula, muzium itu akan mengadakan pameran-pameran bergerak dan program pendidikan di sekolah-sekolah, serta akan terus menganjurkan acara-acara seperti pertandingan tahunan mengumpul setem.

Menjelang penutupannya untuk pembangunan semula, Muzium Peranakan - yang meneroka kesenian dan budaya masyarakat Peranakan - akan mengadakan Pesta Armenian Street pada 15 dan 16 Mar sebagai sebahagian daripada Pesta Warisan Singapura NHB.

Muzium itu akan menganjurkan pameran-pameran sementara di perpustakaan awam dengan kerjasama Lembaga Perpustakaan Negara.

Pameran Peranakan di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi akan diteruskan dan akan menampilkan pameran-pameran baru lewat tahun ini.  

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan