Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muzium Ais Krim antara 3 daya tarikan baru dibuka di S'pura hujung tahun ini

Tiga daya tarikan baru pelancongan akan dibuka di Singapura mulai hujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Muzium Ais Krim antara 3 daya tarikan baru dibuka di S'pura hujung tahun ini

Muzium Ais Krim, di Amerika Syarikat. (Gambar: Muzium Ais Krim)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 02:41PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 02:47PM

SINGAPURA: Tiga daya tarikan baru pelancongan akan dibuka di Singapura mulai hujung tahun ini.

Demikian diumumkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) di persidangan tahunan industri hari ini (7 Apr).

Salah satunya adalah Muzium Ais Krim, iaitu daya tarikan yang berpangkalan di Amerika Syarikat dikenali dengan kolam 'rainbow sprinkle'.

Dijadual dibuka di Singapura pada hujung tahun ini, ia merupakan lokasi pertama Muzium Ais Krim di luar Amerika, menurut Ketua Eksekutif STB Keith Tan.

(Gambar: Muzium Ais Krim)

(Gambar: Muzium Ais Krim)

Juga dijadual dibuka hujung tahun ini, ialah 'Slingshot', iaitu konsep permainan mendebarkan di Clarke Quay - yang dikatakan sebagai paling tinggi di Asia.

Slingshot dibuka tahun ini di Clarke Quay. (Gambar: Slingshotz)

Slingshot dibuka tahun ini di Clarke Quay. (Gambar: Slingshotz)

Daya tarikan ketiga pula dipanggil SkyHelix Sentosa, yang pertama menjanjikan pemandangan indah Sentosa dan Southern Waterfront bagi para pengunjung. Ia dijangka dibuka pada 2022.

SkyHelix Sentosa. (Gambar: One Faber Group)

SkyHelix Sentosa. (Gambar: One Faber Group)

SEGARKAN ORCHARD ROAD

Selain daya tarikan baru dan pilihan tempat penginapan, STB juga akan menyuntik kesegaran kepada lokasi-lokasi pelancongan sedia ada, seperti kawasn beli-belah Orchard Road, kata Encik Tan.

Bersama dengan Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), ia akan melancarkan tender bagi konsep daya tarikan baru di tapak kosong antara Somerset Skatepark dengan Killiney Road pada hujung tahun ini.

STB juga sedang bekerjasama dengan Persatuan Perniagaan Orchard Road untuk mengembangkan acara penyalaan lampu Krismas dan kegiatan membeli-belah menjelang hujung tahun ini, manakala projek mengubah tempat meletak kereta terbuka di Grange Road kepada lokasi bagi penganjuran acara, dijangka selesai tahun depan.

"Projek-projek ini adalah satu suntikan kesegaran yang dialu-alukan di tengah-tengah kesan buruk COVID-19 pada tahun lalu," kata Encik Tan, sambil berkata ia menambah nilai kepada inisiatif-inisiatif sedia ada untuk membantu memulihkan sektor pelancongan.

Menyentuh tentang topik perjalanan rentas sempadan, Encik Tan berkata perjalanan antarabangsa akan disambung semula "dengan secara berhati-hati dan selamat", dengan keselamatan penduduk tempatan serta pengunjung menjadi keutamaan.

Dalam tempoh setahun lalu, Singapura sudah meneroka pelbagai pendekatan untuk melakukan demikian, termasuk menubuhkan Connect@Changi, iaitu kemudahan penginapan jangka masa singkat bagi pengunjung perniagaan mengadakan pertemuan tanpa perlu menjalani kuarantin. Ia juga memulakan usaha laluan hijau timbal balik dengan beberapa negara dan menyambung semula beberapa acara sukan dan perniagaan berprofil tinggi.

STB akan terus meneroka pelbagai saluran dan format acara, khususnya menjelang Forum Ekonomi Sedunia pada bulan Ogos, kata Encik Tan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan