Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mutu udara S'pura di paras tidak sihat pada Khamis

Mutu udara di Singapura kekal di paras tidak sihat pada Khamis (19 Sep). Bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24-jam melonjak kepada 154 di bahagian selatan pada dini pagi Khamis sebelum mereda sedikit pagi tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Mutu udara S'pura di paras tidak sihat pada Khamis
Diterbitkan : 19 Sep 2019 03:34PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 03:37PM

SINGAPURA: Mutu udara di Singapura kekal di paras tidak sihat pada Khamis (19 Sep).

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24-jam melonjak kepada 154 di bahagian selatan pada dini pagi Khamis sebelum mereda sedikit pagi tadi.

Pada jam 2.00 petang tadi, bacaan PSI adalah:

107 di utara
114 di timur
122 di selatan
113 di barat
106 di bahagian tengah

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), bacaan PSI 50 dan ke bawah menandakan mutu udara 'baik', manakala 'sederhana' bagi bacaan antara 51 dengan 100 dan 'tidak sihat' antara 101 dengan 200.

Bacaan PM2.5 satu-jam pula adalah 25-31µg/m3 pada jam 2.00 petang iaitu dalam lingkungan sederhana 0-55 µg/m3.

PM2.5 adalah ukuran zarah kurang daripada garis pusat 2.5 mikrometer di udara. Apabila bacaan PM2.5 berada di paras tinggi, zarah jerebu boleh menjejas jantung dan paru-paru terutamanya dalam kalangan orang yang mempunyai penyakit jantung atau paru-paru kronik.

Menurut NEA, bacaan PM2.5 satu jam "adalah petunjuk baik mengenai mutu udara semasa" dan boleh digunakan bagi mereka yang sedang membuat keputusan sama ada untuk melakukan kegiatan luar pada masa itu juga, seperti berlari-lari anak.

Ini menyusuli sehari selepas bacaan tidak sihat pada Rabu apabila paras PSI berada dalam lingkungan antara 90 hingga 149 sepanjang hari.

Sebanyak 238 tompok panas dikesan di Sumatera pada Rabu, naik dari 109 pada Selasa.

NEA menyatakan masih terdapat asap jerebu sederhana hingga tebal di wilayah-wilayah tengah dan selatan Indonesia di Riau, Sumatera Selatan dan Lampung.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan