Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mutu udara S'pura bertambah baik; diramal terus pada paras sederhana

Mutu udara di Singapura bertambah baik hari ini (12 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Mutu udara S'pura bertambah baik; diramal terus pada paras sederhana

Keadaan jerebu di Singapura pada 10 September 2019.

Diterbitkan : 12 Sep 2019 10:40AM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 10:42AM

SINGAPURA: Mutu udara di Singapura bertambah baik hari ini (12 Sep).

Setakat sehingga pukul 10.00 pagi (12 Sep), bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) bagi tempoh 24 jam adalah 67 iaitu pada paras sederhana.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan bahawa mutu udara di Singapura mungkin akan terus berada pada paras sederhana sepanjang hari.

Sementara itu, Malaysia sudahpun mengharamkan segala jenis pembakaran secara terbuka sedang negara itu terjejas teruk akibat keadaan jerebu yang semakin bertambah buruk.

Tahap pencemaran udara di Malaysia mencecah paras tertinggi pada tahun ini, dengan beberapa daerah mencatatkan bacaan pencemaran udara "tidak sihat".

Ini sedang lebih banyak kebakaran hutan dikesan di Kalimantan dan Sumatera di Indonesia.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan