Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mustafa Centre ditutup sementara waktu ekoran kelompok COVID-19

Mustafa Centre di Little India kini ditutup setelah pihak berkuasa mengesahkan satu kelompok jangkitan COVID-19 di pusat beli-belah itu pada Khamis (2 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
Mustafa Centre ditutup sementara waktu ekoran kelompok COVID-19

Mustafa Centre di Little India berharap dapat beroperasi semula pasar rayanya pada 17 Apr 2020. (Gambar: Matthew Loh/TODAY)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 05:01PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 05:03PM

SINGAPURA: Mustafa Centre di Little India kini ditutup setelah pihak berkuasa mengesahkan satu kelompok jangkitan COVID-19 di pusat beli-belah itu pada Khamis (2 Apr).

Pihak pengurusan berharap dapat membuka semula pasarayanya pada 17 April, menurut pengurus bangunan, Shamim Ahmad pada Jumaat (4 Apr).

Mulai Selasa depan (7 Apr), kebanyakan tempat kerja - kecuali yang menyediakan khidmat penting seperti pasaraya dan hospital - akan ditutup untuk mencegah penularan COVID-19.

Notis sudahpun ditampal di pintu-pintu masuk Mustafa Centre untuk memaklumkan bahawa ia akan ditutup "sehingga pemberitahuan lanjut".

Encik Shamim berkata kerja-kerja pembersihan dan membasmi kuman sedang dijalankan.

Sebanyak 14 kes COVID-19 dikaitkan dengan kompleks beli-belah itu sejauh ini. Dalam kalangan jumlah tersebut, sekurang-kurangnya lima atau enam melibatkan pekerja, kata Encik Shamim.

Kebanyakan daripada 1,650 kakitangannyasudah diberitahu untuk bekerja dari rumah, tambah beliau. Beberapa pekerja terus bertugas di bangunan itu pada Jumaat untuk memindahkan barangan mudah rosak keluar dari kompleks seluas 400,000 kaki persegi itu, yang menjual pelbagai jenis barangan dari barangan elektronik hingga ke kasut.

PERNIAGAAN DI KEDAI-KEDAI BERDEKATAN TURUT LEMBAB

Pada Jumaat, kedai-kedai berhampiran Mustafa Centre turut terkena tempias akibat penutupan pusat beli belah tersebut, dengan banyak yang melaporkan perniagaan lembap.

Mediacorp mendapati kedai-kedai makan, misalnya, lengang dengan kurang pelanggan antara 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

Di CMK 2001 Restaurant yang terletak seberang jalan, perniagaan merosot sehingga 80 peratus, menurut pengarahnya Patimah Muhammad Ibrahim.

Cik Patimah berkata kedai makannya biasanya sesak pada waktu makan tengah hari sekalipun setelah penularan COVID-19 bermula. Namun pada 1.30 tengah hari Jumaat, hampir semua mejanya kosong.

Lantaran itu, beliau terpaksa meminta pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji selama dua minggu untuk mengurangkan kos. "Kami biasanya menerima pelanggan setempat, pelanggan asing dan kakitangan Mustafa (Centre). Sekarang, semuanya tidak datang," ujarnya.

Perniagaan lain juga mengeluh tentang hilangnya trafik manusia di Mustafa Centre yang sebelum ini menarik mereka ke kawasan tersebut.

Bagaimanapun, ada sebilangan pengunjung yang tidak terjejas dek keadaan itu.

Pemandu Grab, Encik Hasan Kasmani, berusia 46 tahun, berkata beliau selasa berada dekat dengan Mustafa Centre asalkan tidak meluangkan masa terlalu lama di sana.

Cik Lisa Li, 30 tahun, yang bekerja di firma teknologi maklumat, berkata beliau tidak risau kerana yakin Mustafa Centre akan mempertingkatkan langkah kebersihan untuk membendung penularan virus korona.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan