Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Murid sekolah rendah perlu lakukan ujian DIY COVID-19 minggu ini

Semua murid sekolah rendah akan perlu melakukan ujian kendiri COVID-19 apabila mereka memulakan penggal baru persekolahan esok (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2021 08:59PM Dikemas Kini : 12 Sep 2021 09:03PM

SINGAPURA: Semua murid sekolah rendah akan perlu melakukan ujian kendiri COVID-19 apabila mereka memulakan penggal baru persekolahan esok (13 Sep).

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata ia sebahagian daripada usaha memastikan murid dan guru selamat sedang jumlah kes COVID-19 dalam masyarakat meningkat.

Kit ujian pantas antigen (ART) DIY akan diagihkan kepada semua murid sekolah rendah pada minggu ini dan setiap murid diberi tiga kit.

Encik Chan menggesa keluarga supaya membiasakan diri dengan kit ART itu.

Ibu bapa pula digesa supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah jika kurang sihat atau ada anggota keluarga yang sedang menjalani kuarantin.

Sekolah akan terus melaksanakan langkah pengurusan selamat yang ketat dan mengasingkan kes positif supaya pembelajaran dapat dijalankan dengan selamat.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan