Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Murid dari keluarga bergaji rendah boleh manfaatkan sumber Makerspace@Westwood

Sebuah bilik istimewa di Sekolah Rendah Westwood yang diberi nama Makerspace@Westwood, menyediakan ruang bagi pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mendapatkan sumber-sumber yang mereka tidak perolehi sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2019 07:38PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 10:02PM

SINGAPURA: Sebuah bilik istimewa di Sekolah Rendah Westwood yang diberi nama Makerspace@Westwood, menyediakan ruang bagi pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mendapatkan sumber-sumber yang mereka tidak perolehi sebelum ini.

Presiden Halimah Yacob mengunjungi sekolah itu sebagai sebahagian daripada usahanya mendekati masyarakat.

Makerspace@Westwood adalah ruang yang membolehkan para pelajar menggunakan alat-alat yang sudah dikitar semula untuk membuat projek mereka sendiri atau memulakan 'Maker Challenges'.

Kunjungan Presiden Halimah ini menjadi lebih istimewa bagi Sekolah Rendah Westwood sedang mereka menyambut fiesta tahunan ketiga mereka - THRIVE yang memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar sambil bermain di pelbagai pondok permainan.

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan