Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Murali Pillai: Notis di MPS Bukit Batok tidak bertujuan untuk mendahulukan PR

Penduduk Tetap (PR) tidak didahulukan dalam Sesi Bertemu Penduduk atau 'Meet-the-People Session' (MPS).

Anggaran Waktu Membaca:
Murali Pillai: Notis di MPS Bukit Batok tidak bertujuan untuk mendahulukan PR

Notis ini ditujukan kepada para penduduk tetap bagi memaklumkan mereka perlu memberi butiran lanjut bagi proses mengemukakan petisyen.

Diterbitkan : 03 Mar 2018 08:47PM Dikemas Kini : 03 Mar 2018 08:49PM

SINGAPURA: Penduduk Tetap (PR) tidak didahulukan dalam Sesi Bertemu Penduduk atau 'Meet-the-People Session' (MPS).

Demikian menurut Anggota Parlimen Murali Pillai hari ini (3 Mac) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Komen beliau itu dibuat menyusuli gambar-gambar yang tersebar secara online tentang notis pemberitahuan yang mengarahkan PR untuk langsung ke kaunter pendaftaran "tanpa perlu beratur".

Satu catatan dimuat naik ke forum Sammyboy di mana seorang individu mengatakan notis itu ditujukan kepada para penduduk tetap India.

"Berita itu palsu. PR tidak diutamakan (dengan sengaja). Berita itu sama sekali tidak benar, lebih-lebih lagi tentang penduduk tetap India. Kami tidak melakukan itu di MPS yang diadakan setiap minggu," kata Encik Murali.

"Sesiapa yang menghadiri MPS akan tahu ini tidak benar. Menyedihkan sekali seseorang memutarbelitkan fakta atas motif-motif sendiri, dan pada masa yang sama mengapi-apikan keadaan untuk mencetuskan ketegangan antara kaum," tambah beliau.

Beliau menjelaskan bahawa notis itu ditujukan kepada para penduduk tetap bagi memaklumkan bahawa mereka perlu memberi butiran lanjut seperti maklumat penaja tempatan bagi proses mengemukakan surat permohonan atau petisyen.

Ini bagi mencegah mereka daripada membuang masa untuk beratur, katanya.

Encik Murali berkata individu yang tidak mendedahkan namanya itu mengambil foto notis berkenaan selepas MPS pada 23 Februari, dan kemudian membuat "tuntutan palsu dan mengelirukan".

Ketika ditanya jika beliau akan mengambil tindakan terhadap individu yang memuat naik catatan tersebut, Encik Murali berkata beliau akan "menimbangkan secara terperinci langkah-langkah seterusnya".

Beliau menambah, notis itu akan dipasang di kawasan tempat beratur pada Jumaat dan akan dikekalkan bagi sesi-sesi akan datang.

"Tiada yang menghadiri MPS mempunyai tanggapan salah terhadap notis tersebut. Kami akan terus menggunakan notis itu selagi perlu," kata beliau.

"Lebih penting lagi, saya tidak akan membiarkan insiden ini mengalih perhatian saya untuk terus berbakti kepada para penduduk Bukit Batok," tegas Encik Murali.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan