Images
  • faishal main
    Menteri Negara Pembangunan Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Mungkin tidak ketara di tengah pandemik, namun ancaman pengganasan masih wujud, tegas Dr Faishal

SINGAPURA: Ia mungkin tidak begitu, lebih-lebih lagi di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19 yang sedang melanda seantero dunia sekarang, tetapi ancaman dan bahayanya masih wujud.

Malah, ia mungkin akan terus berleluasa jika ancamannya tidak dibanteras dengan setegas-tegasnya.

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata sedemikian dalam catatan Facebooknya semasa mengulas tentang pengumuman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) mengenai Arahan Penahanan (OD) yang dikenakan terhadap seorang suri rumah warga Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini (9 Jun).


Ruqayyah Ramli, 34 tahun, sebelum ini dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah ISA pada Ogos 2020.

Ini setelah dia didapati terpengaruh dengan fahaman radikal suaminya.

Lebih membimbangkan lagi, suri rumah yang berusia 34 tahun itu, juga enggan memberikan kerjasama dan tidak mahu menyertai program pemulihan selepas dikenakan Arahan Sekatan (RO).

Bekas guru agama sambilan itu malah semakin bertambah radikal.

Menurut Dr Faishal, rakan-rakan masyarakat seperti Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) dan Kumpulan Penjagaan Antara Agensi memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha berbilang pendekatan Singapura untuk melawan fahaman radikal dan membanteras ideologi pelampau dengan berkesan.

Dr Faishal sekali lagi meminta kerjasama masyarakat dan seluruh rakyat Singapura supaya memantau kenalan mereka seperti anggota keluarga, rakan dan jiran tetangga yang mungkin terpengaruh dengan fahaman radikal. 

- BERITAmediacorp/ha

Top