Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS: Waktu operasi 11 masjid terhad

Sempena hari pertama di mana orang ramai boleh langsung masuk ke masjid untuk solat harian berjemaah tanpa membuat tempahan, MUIS mengingatkan waktu-waktu operasi terhad bagi beberapa masjid.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS: Waktu operasi 11 masjid terhad

(Gambar: Majlis Ugama Islam Singapura)

Diterbitkan : 01 Sep 2021 07:03PM Dikemas Kini : 01 Sep 2021 08:15PM

SINGAPURA: Sejumlah 11 masjid di sini tidak dibuka sama ada bagi solat Subuh, Maghrib dan Isyak serta ditutup pada hujung minggu dan cuti umum.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Rabu (1 Sep), hari pertama di mana jemaah tidak perlu lagi membuat tempahan untuk menunaikan solat harian berjemaah di masjid.

Oleh itu, jemaah dinasihatkan supaya maklum akan waktu operasi terhad bagi masjid-masjid tersebut.

Sabtu lalu, MUIS mengumumkan bahawa jemaah boleh langsung masuk ke masjid untuk menunaikan solat harian berjemaah tanpa perlu membuat tempahan.

Orang ramai bagaimanapun perlu tetap mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat seperti memastikan jarak sosial, memakai pelitup dan membawa alat solat peribadi sendiri seperti sejadah dan telekung.

Dalam satu catatkan Facebook pada Rabu, MUIS menyatakan ia sedar bahawa jemaah alu-alukan lebih banyak ruang solat berjemaah di masjid yang ditawarkan tanpa perlu membuat tempahan.

Langkah itu juga bermakna "lebih tekanan pada masjid-masjid, yang perlu dibuka lebih lama sambil masih perlu mengekalkan jadual pembersihan dan langkah pengurusan selamat yang ketat".

"Kami mohon jemaah agar maklum bahawa sebilangan masjid masih terus dihadkan waktu operasi, disebabkan keterbatasan operasi dan permintaan yang rendah," jelas MUIS sambil menambah bahawa pihaknya akan terus menyemak keadaan dalam minggu-minggu mendatang.

Misalnya, menurut senarai yang dimuat naik MUIS di Facebook, Masjid Al-Abrar dan Moulana Mohd Ali di kawasan bandar tidak dibuka pada waktu subuh serta pada hujung minggu dan cuti umum.

Masjid Muhajirin pula hanya dibuka bagi solat Zuhur dan Asar serta ditutup pada Ahad dan cuti umum.

Menurut MUIS lagi, masjid Ba'alwie, Bencoleen, Burhani dan Malabar akan tetap ditutup untuk semua waktu solat buat masa ini.

(Sumber: MUIS)

(Sumber: MUIS)

Orang ramai dinasihatkan pergi ke laman go.gov.sg/mosquehours untuk senarai terkini waktu operasi masjid. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan