Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS: Ancaman ajaran radikal online tetap tinggi; rujuk kepada asatizah diiktiraf ARS

Masyarakat Islam di Singapura menolak dan berwaspada terhadap sebarang fahaman eksklusif dan pengajaran pelampau. Namun, ancaman menjadi radikal sendiri terus wujud di negara ini terutamanya apabila seseorang itu tidak mengesahkan maklumat yang diperolehi di wadah online.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS: Ancaman ajaran radikal online tetap tinggi; rujuk kepada asatizah diiktiraf ARS

Gambar fail para asatizah pada 2019. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 25 Jun 2019 06:44PM Dikemas Kini : 26 Jun 2019 12:09AM


SINGAPURA: Masyarakat Islam di Singapura menolak dan berwaspada terhadap sebarang fahaman eksklusif dan pengajaran pelampau. Namun, ancaman menjadi radikal sendiri terus wujud di negara ini terutamanya apabila seseorang itu tidak mengesahkan maklumat yang diperolehi di wadah online, sekaligus menjadi mangsa kepada propaganda radikal.

Maka itu, rangkaian sokongan keluarga dan rakan yang kukuh penting jika mereka berdepan dengan naratif radikal online.

Demikian menurut MUIS dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi mengulas kes penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terkini, melibatkan tiga warga Singapura.

"Mujur, tangkapan sedemikian adalah sedikit dan tidak sering berlaku. Ini disebabkan masyarakat menolak dan berwaspada terhadap sebarang fahaman eksklusif dan pengajaran pelampau," menurut kenyataan MUIS.

Memandangkan risikonya tetap wujud meskipun kumpulan-kumpulan pengganas sudah tidak lagi berkuasa secara fizikal, MUIS sudah meningkatkan usaha mendampingi masyarakat termasuk secara online menerusi Rangkaian Belia Asatizah (AYN) serta bahan penerbitan Siri Irsyad Kontemporari yang memberi panduan dalam isu-isu baru yang timbul.

Golongan asatizah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) juga bekerja rapat dengan MUIS untuk menyebarkan mesej positif bagi menangkis ideologi benci dan keganasan yang disebarkan kumpulan pengganas online.

Justeru, MUIS menggesa masyarakat supaya merujukkan soalan atau ragu-ragu tentang agama kepada asatizah diiktiraf ARS untuk mendapatkan bimbingan. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan