Muhyiddin harap isu ruang udara, sempadan perairan M'sia-S'pura selesai secara rundingan
Menteri Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin berkata beliau berharap isu tuntutan ruang udara dan sempadan perairan Malaysia dan Singapura diselesaikan menerusi meja rundingan.
KULAI: Menteri Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin berkata beliau berharap isu tuntutan ruang udara dan sempadan perairan Malaysia dan Singapura diselesaikan menerusi meja rundingan.
Semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor hari ini (8 Dis), Encik Muhyiddin berkata langkah berkenaan penting bagi mengelak sebarang persaingan yang tidak perlu antara kedua-dua negara.
"Saya maklum apa yang telah dinyatakan oleh Menteri Singapura beberapa hari lepas bahawa mereka (Singapura) ingin menyelesaikannya secara baik, jadi itu adalah langkah yang baik. Kita tidak mahu mencetuskan persaingan yang tidak perlu yang menimbulkan rasa tidak puas hati," katanya.
Encik Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai perkembangan terkini antara Singapura dan Malaysia yang timbul berikutan isu ruang udara dan sempadan perairan.
Beliau berkata kabinet telah membincangkan kedua-dua isu berkenaan secara serius baru-baru ini.
Bagaimanapun, Encik Muhyiddin yakin menteri yang berkaitan akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu tersebut, seperti yang diarahkan oleh kabinet.
"Hubungan Singapura-Malaysia selama ini baik.
"Biasalah (ada masalah), waktu saya menjadi Menteri Besar dahulu, kita ada masalah (juga) tetapi kedua-dua negara mahu bekerjasama," katanya.
Laporan Berkaitan:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.