Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muhyiddin dibenarkan keluar hospital

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin sudah dibenarkan keluar Hospital Mount Elizabeth hari ini (7 Ogos) setelah selesai menjalani pembedahan dan menerima rawatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin dibenarkan keluar hospital

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dibenarkan pulang dari hospital Mount Elizabeth di mana beliau menjalani pembedahan. (Gambar: Muhyiddin Yassin/ Facebook)

Diterbitkan : 07 Aug 2018 06:43PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 06:48PM

SINGAPURA: Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin sudah dibenarkan keluar Hospital Mount Elizabeth hari ini (7 Ogos) setelah selesai menjalani pembedahan dan menerima rawatan.

“Beliau akan berehat sementara bersama keluarga,” menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri Hafiz Abdul Halim dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman rasmi Facebook Muhyiddin Yassin.

Encik Hafiz mengucapkan penghargaan kepada semua doktor, jururawat serta kakitangan hospital tersebut.

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesihatan dan meluangkan masa melawat YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin semasa beliau di sana,” katanya lagi.

Ketika dirawat di Singapura, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong turut melawat Muhyiddin selepas Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean melakukan kunjungan sama.

Semalam (6 Ogos), mantan Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong turut menziarahi Encik Muhyiddin.

Menteri Dalam Negeri itu selamat menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan pada pankreas yang dikesan pada tahap awal.

Encik Muhyiddin mengambil cuti bermula 12 Julai untuk menjalani rawatan susulan dan dijangka bekerja semula dalam masa sebulan.

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri semasa Muhyiddin bercuti.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan