Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muhammadiyah galak rai Hari Kebangsaan sambil beri penghargaan kepada 1,000 pekerja asing

Ingin meraikan Hari Kebangsaan sambil mengucapkan terima kasih kepada wira-wira yang tidak didendang di Singapura?

Anggaran Waktu Membaca:
Muhammadiyah galak rai Hari Kebangsaan sambil beri penghargaan kepada 1,000 pekerja asing

Inisiatif SG55 oleh Persatuan Muhammadiyah. (Gambar: Persatuan Muhammadiyah)

SINGAPURA: Ingin meraikan Hari Kebangsaan sambil mengucapkan terima kasih kepada wira-wira yang tidak didendang di Singapura?

Inilah peluang anda untuk mengikrarkan hidangan piza dan nasi lemak dengan sumbangan serendah S$10 bagi pekerja asing sebagai penghargaan kepada mereka yang telah membantu membangunkan negara ini.

Sempena inisiatif SG55, Persatuan Muhammadiyah dengan kerjasama Canadian Pizza dan 'By Chef Syed', akan mengagihkan hidangan kepada lebih 1,000 pekerja asing di sini.

Dengan hanya S$10 saja, setiap pekerja asing akan dapat menikmati satu set Nasi Lemak dan satu 'personal pan pizza'.

Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman berkata: "Kami mahu menyediakan wadah bagi rakyat Singapura menunjukkan penghargaan mereka kepada orang-orang yang menyumbang kepada negara kita, terutama sekali mereka yang lemah serta memerlukan bantuan.

"Kami berharap ini dapat mempamerkan semangat kebersamaan, rasa terima kasih dan sikap saling mengambil berat antara satu sama lain."

IKRARKAN HIDANGAN SEHINGGA 9 OGOS INI

Orang ramai boleh terus membuat sumbangan dan mengikrarkan hidangan bagi pekerja asing ini sehingga Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.

Pengagihan akan dilakukan pada keesokan hari, 10 Ogos, di mana sebilangan kumpulan relawan dan individu akan mengirimkan hidangan tersebut ke dormitori-dormitori mereka.

"Pekerja asing di Singapura teruk terjejas akibat pandemik COVID-19. Usaha berkongsi makanan dengan mereka dapat menggembirakan mereka dan juga sebagai tanda kita prihatin dan bersimpati dengan kesejahteraan mereka.

"Inisiatif ini bertindak sebagai sumbangan kecil rakyat Singapura bagi melahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu membangunkan negara dan menjaga kebersihan negara kita," ujar jurucakap Muhammadiyah.

SUMBANG MELALUI PAYNOW, PEMINDAHAN BANK

Bagi mereka yang berhasrat mengikrarkan hidangan, ia boleh dilakukan melalui PayNow dengan nombor entiti unik (UEN) S58SS0020C.

Orang ramai juga boleh melakukan pemindahan bank ke DBS Autosave 017-005202-0.

Butiran lanjut boleh didapati di poster berikut.

Inisiatif SG55 oleh Persatuan Muhammadiyah. (Gambar: Persatuan Muhammadiyah)

(Gambar: Persatuan Muhammadiyah)

Penaja korporat yang berminat menyumbang juga boleh menghubungi Persatuan Muhammadiyah di 8408 4326.

"Kami berharap semua orang, tanpa mengira usia, kumpulan mahupun korporat boleh tampil membantu dan menunjukkan bahawa rakyat Singapura bersatu hati dalam membawa kegembiraan kepada orang lain," kata jurucakap Muhammadiyah.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan