Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muhammad Arif dipenjara lebih 4 tahun, rotan 6 kali kerana cabul 5 remaja

Seorang lelaki yang disifatkan sebagai "pemangsa seks" oleh pihak pendakwa, dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun tiga bulan, dan enam kali rotan atas kesalahan seksual terhadap lima remaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Muhammad Arif dipenjara lebih 4 tahun, rotan 6 kali kerana cabul 5 remaja

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 09 Jul 2019 09:03PM Dikemas Kini : 09 Jul 2019 10:27PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang disifatkan sebagai "pemangsa seks" oleh pihak pendakwa, dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun tiga bulan, dan enam kali rotan atas kesalahan seksual terhadap lima remaja.

Lima remaja lelaki berusia antara 12 hingga 14 tahun menjadi mangsa Muhammad Arif Mohamad, 26 tahun, antara Februari 2015 dengan April 2017.

Dia mengumpan para mangsa dengan insentif-insentif seperti kredit telefon, makanan dan rokok, serta mencabul kehormatan mereka di tempat-tempat seperti McDonald's, pawagam, taman permainan dan taman-taman.

Mahkamah diberitahu, penolong penghantar itu mula mengenali mangsa pertamanya menerusi wadah Facebook pada sekitar 2014.

Arif juga membantu ibu kepada mangsa yang berusia 13 tahun untuk menghantar jualan kepada para pelanggannya, di samping diamanahkan untuk menjaga mangsa.

MENGAKU INGIN "TUNJUK CARA" SUNAT

Pada lewat 13 Februari 2015, bapa mangsa menyuruh anak lelakinya menemani Arif ke sebuah perhentian bas. Di kolong blok, Arif menyuruh mangsa menanggalkan seluar jean yang dipakai kerana kononnya ingin menunjuk cara seorang doktor melakukan proses berkhatan.

Remaja berkenaan enggan melakukan itu tetapi Arif menarik lengannya lalu dengan kasar menanggalkan jean dan seluar dalam mangsa. Dia kemudian mencabul kehormatan mangsa yang terus menangis.

Arif sempat memohon maaf kepada mangsa, yang tidak menceritakan tentang insiden itu kepada ibu bapanya kerana berasa takut, kata Timbalan Pendakwa Raya Zhou Yihong.

Pada pertengahan 2016, Arif menyasarkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang sedang meluangkan masa bersama rakan-rakannya di sebuah cawangan McDonald's di Boon Keng.

Arif mengenali salah seorang rakan mangsa, dan bersembang bersama mereka sementara mangsa duduk di luar cawangan McDonald's dan menutup mata dengan kedua-dua tangannya kerana berasa lelah.

Arif mendekati mangsa lalu memasukkan tangannya ke dalam seluar budak lelaki itu dan mencabul kehormatannya. Terperanjat, mangsa menolak tangan Arif.

ARIF BELANJA MCDONALD'S REMAJA 14 TAHUN

Pencabul bersiri itu terus beraksi - seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menjadi mangsa ketiganya pada awal Disember 2016.

Mangsa mengenali tiga orang yang kenal dengan Arif. Arif akan menambah nilai kredit telefon tiga kenalan terbabit.

Arif bertukar nombor telefon dengan mangsa dan menghubunginya untuk bertemu beberapa hari kemudian. Mereka bertemu berdekatan rumah mangsa dan sekali lagi di Vivocity, di mana Arif belanja makan McDonald's bagi mangsa.

Arif kemudian mengajak remaja itu ke rumahnya dan mangsa pun bersetuju kerana berfikir beliau akan dapat bermain dan menonton filem.

Di rumah, Arif mengajak mangsa ke biliknya dan mengunci pintu sebelum ke katil. Dia memeluk, mencium muka mangsa dan mencabul kehormatannya.

Tidak selesa, mangsa bertanya jika beliau boleh bermain telefon Arif. Sedang beliau melakukan itu, Arif bertindak tidak wajar dan melakukan perkara-perkara yang membangkitkan nafsu syahwat mangsa. Remaja 14 tahun itu berasa takut dan meminta Arif sudah berhenti melakukan perkara itu, tetapi Arif tidak mengendahkannya.

Selepas itu, Arif membawa mangsa ke pusat pertukaran bas dan memberinya wang untuk pulang ke rumah dengan menaiki bas.

Arif terus menjadikan remaja berkenaan sebagai mangsanya pada bulan itu, mengajaknya untuk bertemu dan mencabul kehormatannya semasa menonton filem bersama-sama.

Apabila Arif meminta mangsa untuk melakukan tindakan seksual terhadapnya - selepas memberi mangsa sekotak rokok dan telefon - remaja itu menolak dan memulangkan telefon yang diberikan.

CABUL KEHORMATAN REMAJA 13 TAHUN DI TAMAN EAST COAST, DALAM PAWAGAM

Pada Mac 2017, Arif berkenalan dengan mangsa keempat menerusi wadah Facebook. Mereka sering meluangkan masa bersama di beberapa cawangan McDonald's.

Mereka bertemu di Taman East Coast pada sekitar 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Sementara dia mengekori mangsa ke tandas dan kembali ke sebuah pondok di mana mereka duduk, Arif mencabul kehormatan mangsa dengan memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa.

Dalam satu insiden berasingan selepas itu, Arif mencabul kehormatan mangsa selama 10 minit di sebuah panggung wayang di Ang Mo Kio ketika menonton Fast and Furious 8 pada April 2017.

Arif mengaku bersalah atas enam tuduhan di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda dan dua tuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak, dengan 13 tuduhan tambahan turut dipertimbangkan.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana Arif akhirnya diberkas.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan