Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mufti Negara: S’pura sambut Aidilfitri esok

Masyarakat Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri esok (15 Jun). Mufti Negara, Dr Mohd Fatris Bakaram, mengisytiharkan demikian dalam pengumuman awal Syawal, selepas matahari terbenam petang tadi (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Negara: S’pura sambut Aidilfitri esok

(Gambar: BERITAMediacorp)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 07:23PM Dikemas Kini : 15 Jun 2018 12:54AM

SINGAPURA: Masyarakat Islam di sini akan menyambut Aidilfitri esok (15 Jun)

Mufti Negara, Dr Mohd Fatris Bakaram, mengisytiharkan demikian dalam pengumuman awal Syawal, selepas matahari terbenam petang tadi (14 Jun).

"Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura, selama 36 minit setelah matahari terbenam petang tadi, dan umur bulan 16 jam, saat bulan terbenam.

"Oleh itu, berdasarkan kriteria imkanul rukyah, yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS, anak bulan telah pun cukupi syarat Rukyah.

"Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Syawal bagi tahun 1439 Hijiriah jatuh pada esok, Jumaat bersamaan 15 Jun 2018," umum Dr Fatris.

Dalam ucapannya itu, Mufti turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sekalian kaum Muslimin dan Muslimat Singapura.

"Semoga Allah s.w.t menerima segala amal ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan, dan melanjutkan umur kita sehingga bertemu Ramadan pada tahun hadapa," ucap beliau lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan