Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mufti Negara Dr Nazirudin, Bishop Terry Kee gesa umat Islam, penganut Kristian berdiri teguh lawan COVID-19

Masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan agama digesa supaya bersatu melawan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Negara Dr Nazirudin, Bishop Terry Kee gesa umat Islam, penganut Kristian berdiri teguh lawan COVID-19

Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir.

SINGAPURA: Masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan agama digesa supaya bersatu melawan COVID-19.

Seruan itu terkandung dalam surat Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir pada Rabu (8 Apr) kepada Presiden Majlis Gereja Singapura Bishop Terry Kee sempena sambutan Good Friday pada 10 Apr.

Dalam suratnya itu, Dr Nazirudin juga mengajak umat Islam Singapura supaya bermuhasabah semasa mengharungi krisis COVID-19.

Mufti Negara turut menggariskan persamaan dari segi sifat rahmah dan kedamaian sesama insan yang saling ditekankan dalam ajaran Islam dan juga Kristian yang menyeru umat dan penganut masing-masing supaya terus bersabar dan mengukuhkan tekad dalam mengharungi masa mencabar ini.

Menulis lanjut, Dr Nazirudin turut meluahkan rasa simpati terhadap cabaran yang dihadapi para penganut Kristian disebabkan oleh penularan COVID-19 yang dijangka akan menjejas sambutan Good Friday.

Sentimen yang sama turut diluahkan oleh Bishop Terry Kee semasa membalas surat Dr Nazirudin.

Ini menyusuli penutupan masjid-masjid di seluruh Singapura sejak beberapa minggu lalu disebabkan oleh penularan COVID-19, yang juga menjejas persiapan bagi bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Bishop Terry Kee juga memuji inisiatif-inisiatif masyarakat Melayu/Islam Singapura dalam membuat penyesuaian kepada keadaan semasa.

Beliau merujuk kepada kerjasama antara MUIS dengan para asatizah untuk menawarkan ceramah dan kuliah agama menerusi wadah online, bantuan kewangan kepada golongan asatizah yang bekerja sendiri serta sumbangan dana bagi membantu masjid-masjid melaksanakan langkah berjaga-jaga tambahan COVID-19 apabila sudah dibuka kelak.

Sebelum mengakhiri surat masing-masing, kedua-dua pemimpin agama itu turut menaruh keyakinan bahawa krisis COVID-19 akan menyatukan rakyat Singapura dan menjadikan rakyat negara ini lebih teguh apabila krisis ini berjaya diatasi kelak.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan