Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MTI minta 3 Stars jelaskan harga pelitup keterlaluan susuli aduan pengguna

Surat tuntutan dikirimkan kepada peruncit 3 Stars menyusuli aduan daripada orang awam tentang pelitup yang dijual pada harga yang tinggi di cawangan-cawangannya.

Anggaran Waktu Membaca:
MTI minta 3 Stars jelaskan harga pelitup keterlaluan susuli aduan pengguna

Orang ramai memakai pelitup semasa berjalan di Orchard Road pada 3 Februari 2020.

Diterbitkan : 11 Feb 2020 01:09PM Dikemas Kini : 11 Feb 2020 01:11PM

SINGAPURA: Surat tuntutan dikirimkan kepada peruncit 3 Stars menyusuli aduan daripada orang awam tentang pelitup yang dijual pada harga yang tinggi di cawangan-cawangannya.

Pengawal Harga meminta 3 Stars menjelaskan "alasan harga jual mereka bagi penjualan pelitup termasuk harga kos dan garis keuntungan. Ini menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan media pada Selasa (11 Feb).

Tarikh akhir untuk 3 Stars memberi respons kepada pertanyaan MTI adalah 12 Februari 2020. Jika ia gagal memberikan jawapan, 3 Stars boleh didenda sehingga S$10,000 bagi kesalahan pertama dan S$20,000 bagi kesalahan kedua atau selanjutnya.

"Pencatutan adalan tindakan yang sangat tidak bertanggunjawab dan merosakkan. Kami menggesa semua peruncit supaya mengamalkan tanggungjawab sosial korporat dan tidak mengambil kesempatan daripada permintaan tinggi untuk menaikkan harga secara tidak wajar," tegas MTI.

Pada Januari, MTI mengeluarkan lima surat - satu surat tuntutan kepada Deen Express dan empat permohonan bagi maklumat kepada wadah-wadah e-dagang Lazada, Carousell, Qoo10 serta Shopee.

MTI menyatakan Deen Express menjawab "tanpa minta maaf" bagi strategi harga mereka dan sejak itu sudahpun membetulkan amalan penetapan harganya. Wadah-wadah e-dagang sudahpun menyediakan maklumat yang diminta dan sedang bekerjasama dengan MTI untuk menangani sebarang amalan pencatutan di platformnya.

Persatuan Pengguna Singapura (CASE) dan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) juga sedang memantau dengan teliti keadaan tersebut serta akan menyiasat sebarang amalan tidak adil dan anti berdaya saing.

Para pengguna boleh melaporkan penjual yang tidak bertanggungjawab kepada CASE di talian 6100 0315.

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (10 Feb) menyatakan terdapat 45 kes di Singapura yang disahkan dijangkiti virus korona baru, dengan tujuh dalam keadaan kritikal. Satu lagi pesakit sudahpun dibenarkan pulang, bermakna tujuh pesakit sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan