Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSF: Lebih banyak sokongan bagi belia berisiko, pendidikan awal kanak-kanak tahun ini

Dalam wawancara pertama sejak dilantik sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee membentangkan bidang-bidang yang akan diberi keutamaan oleh kementeriannya pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jan 2018 09:31PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 11:57PM

SINGAPURA: Dalam wawancara pertama sejak dilantik sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee membentangkan bidang-bidang yang akan diberi keutamaan oleh kementeriannya pada tahun ini.

Salah satunya adalah memberi tumpuan terhadap mengukuhkan dan meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak.

Satu bidang tumpuan MSF - bagaimana memberi sokongan kepada prasekolah untuk menggalak kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa di luar bilik darjah.

Sebagai permulaan, semua prasekolah perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam bagi kegiatan jasmani setiap hari.

Sebelum ini hanya 30 minit diperuntukkan. Selain itu, kegiatannya tidak terbatas di dalam kawasan sekolah sahaja.

"ECDA akan bekerjasama dengan NPARKS, HDB dan agensi-agensi lain untuk meninjau bagaimana prasekolah boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di kawasan-kawasan kejiranan, taman-taman.

"Masyarakat juga boleh membenarkan anak-anak kecil menggabungkan pembelajaran di luar darjah dengan pengembaraan sebagai sebahagian daripada pendidikan awal kanak-kanak," kata Encik Desmond Lee.

Tahun lalu, pemerintah mengumumkan ia akan menggandakan peruntukan tahunan bagi prasekolah dan menambah lagi 40,000 tempat menjelang 2022.

Encik Lee menambah MSF akan terus memastikan pendidikan awal kanak-kanak yang bermutu dapat dimanfaatkan dan dalam kemampuan rakyat Singapura.

BELIA BERISIKO JUGA DIBERI KEUTAMAAN

Satu lagi bidang yang akan diberi keutamaan MSF adalah lebih banyak sokongan untuk belia berisiko.

Encik Lee mengumumkan sebuah jawatankuasa antara kementerian akan ditubuhkan tahun ini bagi membantu pesalah remaja.

Menurutnya, walaupun kadar belia yang melakukan kesalahan semula sudah berkurangan, bilangannya masih tinggi.

Maka itu langkah-langkah pencegahan adalah penting bagi membantu belia berisiko.

Ini boleh dilakukan menerusi penyelarasan dan integrasi lebih baik di kalangan agensi-agensi berkaitan serta badan-badan kebajikan sukarela.

Sejak 2016 pemerintah katanya sudah menyelaraskan program-program bimbingan dan pemulihan bagi membantu belia berisiko.  

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan