Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MPH akan tutup 2 cawangan terakhir di S'pura jelang September

Dua cawangan terakhir kedai buku MPH di Singapura dijadual ditutup pada Julai dan September ini.

Anggaran Waktu Membaca:
MPH akan tutup 2 cawangan terakhir di S'pura jelang September

Cawangan MPH (Gambar: Laman web MPH)

Diterbitkan : 12 Jul 2019 08:28PM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 08:30PM

SINGAPURA: Dua cawangan terakhir kedai buku MPH di Singapura dijadual ditutup pada Julai dan September ini.

Cawangan di Raffles City akan dibuka sehingga 28 Julai dan akan mengadakan penjualan murah sehingga hari itu. Sementara itu, kedai di Parkway Parade pula akan ditutup selepas 1 September.

Cik Ivy Tan, pengurus besar pembangunan perniagaan MPH, menukil kos sewa yang tinggi sebagai sebab utama penutupan tersebut. Namun beliau menekankan bahawa syarikat tersebut sedang mencari lokasi kedai baru.

"Kami sedang meneroka beberapa lokasi berpotensi," kata beliau.

"Kakitangan kami akan ditempatkan semula di cawangan terbaru, namun buat masa ini kami tidak dapat memberikan butirannya lagi kerana rundingan sedang berlangsung."

Menurut lamannya, MPH Bookstores ditubuhkan di Melaka pada 1815 sebelum berpindah ke Singapura pada 1890 dengan matlamat utama mencetak bahan bacaan.

Cawangan utamanya sebelum ini terletak di bangunan merah ikonik di Stamford Road, namun ditutup pada 2002.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan