Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MPA peruntukan S$100 juta tangani cabaran dalam sektor pelabuhan

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan menokok sehingga S$100 juta kepada Dana Kelompok Maritim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Mar 2018 06:59PM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 11:47PM

SINGAPURA: Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan menokok sehingga S$100 juta kepada Dana Kelompok Maritim.

Ini akan menyokong empat strategi luas bagi membantu sektor pelabuhan melakar cabaran-cabaran pendigitalan dan persaingan serantau.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan Dr Lam Pin Min menjelaskan isu tersebut di parlimen, siang tadi (7 Mac). Paling utama menurutnya adalah laluan perhubungan Singapura akan dipertingkat.

Kapasiti juga akan diluaskan dan tumpuan akan diberikan kepada usaha mempercepat pertumbuhan para pemain industri yang bukan tradisional seperti wadah-wadah digital.

Kedua, MPA akan memupuk inovasi dengan satu Hab Data Maritim akan ditubuhkan bagi menawarkan akses masa sebenar kepada data pelabuhan dan yang berkaitan perkapalan.

Ia juga akan melancarkan Program Percepat Teknologi Maritim bagi membantu syarikat pemula merubah idea-idea menjadi huraian.

Strategi ketiga tertumpu kepada usaha membangunkan para pekerja siap hadapi masa depan.

Satu Program Bakat Sejagat yang baru bakal memupuk para pemimpin dengan menawarkan peluang-peluang bagi kerja bergilir dan pendedahan kepada tugasan luar negeri serta jawatan di darat.

Dan akhir sekali, memanfaatkan Dana Kelompok Maritim bagi membiayai produk-produk atau perkhidmatan baru serta menggalak inovasi.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan