Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mozek kain terbesar dilancar sempena ulang tahun ke-20 NHGP

Satu rekod baru Singapura dicatatkan hari ini (7 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2020 08:45PM Dikemas Kini : 07 Nov 2020 10:10PM

SINGAPURA: Satu rekod baru Singapura dicatatkan hari ini (7 Nov).

Sebuah mozek kain terbesar negara ini dilancarkan sebagai satu hadiah untuk menandakan ulang tahun ke-20 Poliklinik Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHGP).

Mozek berukuran 1.8 meter itu mengandungi lebih daripada 2,000 gambar yang dikutip selama 20 tahun - kesemuanya sumbangan kakitangan.

Peringatan ulang tahun ke-20 tersebut diadakan secara online, dengan seramai 1,000 peserta dari sektor penjagaan kesihatan.

Tetamu terhormat Presiden Halimah Yacob menekankan peranan penting yang dimainkan oleh NHGP selama 20 tahun ini.

Pihak NHGP berkata ia memanfaatkan teknologi, kerjasama dan inovasi untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Ia tidak lama lagi akan bekerjasama bersama Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) untuk memajukan bersama kursus-kursus berkaitan kesihatan. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan