Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Monkeypox' ujian besar pertama bagi NCID

Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) yang baru diuji dengan kes cacar monyet yang diimport.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2019 08:39PM Dikemas Kini : 22 May 2019 09:33PM

SINGAPURA: Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) yang baru diuji dengan kes cacar monyet yang diimport.

Namun, sistem perubatannya yang moden serta para doktor berjaya mengenal pasti jangkitan tersebut.

Lelaki dari Nigeria yang dijangkiti cacar monyet masih dirawat di NCID dan berada dalam keadaan stabil. Beliau akan dibenarkan keluar apabila sembuh sepenuhnya.

Jangkitan cacar monyet pada manusia mula dikesan berlaku pada 1970 di 10 negara Afrika.

Ia muncul semula pada 2017 apabila Nigeria mengalami jangkitan besar-besaran dengan sekurang-kurangnya 61 orang disahkan terkena jangkitan tersebut dan lebih 170 pula dikhuatiri sudahpun dijangkiti.

Tahun lalu, empat kes dilaporkan di luar Afrika - tiga di Britain dan satu di Israel.

Pada bulan ini, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan kes jangkitan pertama cacar monyet yang dibawa masuk.

Menurut Perunding Kanan NCID, Profesor Madya Lim Poh Lian: "(Kami) tahu bahawa wabak ini sudahpun berlaku buat setahun dua lalu, jadi kami menggabungkan antara perjalanan sejarah dengan pembentangan, ia merupakan satu ruam. 

"Saya merasakan bahawa kerana dia mempunyai ruam itu pada wajahnya dan perjalanan dari Nigeria - itu benar-benar satu petunjuk yang membantu kami mengesahkan sama ada ini mungkin cacar monyet."

Pengesahan jangkitan cacar monyet ke atas warga Nigeria yang berusia 38 tahun itu dilakukan selepas beberapa ujian makmal dijalankan oleh NCID.

Jika dilihat menerusi mikroskop, virus cacar monyet mempunyai bentuk yang mudah dikesan. Cacarnya juga lebih besar dan tidak begitu banyak berbanding dengan campak.

Walaupun ini merupakan kali pertama NCID mengesan jangkitan tersebut, kakitangan pusat itu cukup bersedia untuk menanganinya. Salah satu langkah yang diambil adalah menyediakan bilik kuarantin yang mampu mencegah jangkitan tersebut daripada menular keluar dari ruang itu.

"Dari awal pesakit itu dilihat di jabatan kecemasan Hospital Tan Tock Seng, pemindahan kes tersebut dari jabatan kecemasan ke NCID semuanya dilakukan dengan sewajarnya dari segi perlindungan kakitangan.

"Itu mengurangkan pencemaran silang di dalam kawasan kemudahan serta kemungkinan jangkitan kepada orang yang menjaganya," kata Pengarah Eksekutif NCID, Profesor Leo Yee Sin.

Setakat ini, tiada rawatan perubatan yang diketahui untuk menyembuhkan cacar monyet.

Satu-satunya cara untuk pulih adalah untuk membiarkan jangkitan tersebut selama dua hingga tiga minggu sebelum ia reda dan pulih dengan sendiri. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan