Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM perkenal langkah baru bantu majikan cari pembantu rumah sesuai

 Dalam dua tahun akan datang, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan secara beransur-ansur memperkenalkan beberapa langkah baru membantu para majikan mencari pembantu rumah yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Oct 2019 08:21PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 09:11PM

SINGAPURA: Dalam dua tahun akan datang, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan secara beransur-ansur memperkenalkan beberapa langkah baru membantu para majikan mencari pembantu rumah yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka.

Ia antara lain bertujuan membantu menghuraikan masalah antara para majikan dengan pembantu rumah asing atau agensi-agensi.

Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Tenaga Manusia, Low Yen Ling mengumumkan inisiatif tersebut di acara memupuk hubungan pekerjaan yang harmoni di Pusat bagi Pembantu Rumah, CDE.

Mulai tahun depan, MOM akan memberi lebih banyak maklumat latar belakang pembantu rumah asing sebelum majikan membuat keputusan untuk menggajikan mereka.

Berkuatkuasa Oktober 2021, MOM juga akan menetapkan bahawa jika kontrak pembantu rumah ditamatkan dalam tempoh enam bulan, agensi pembantu rumah mesti menyediakan majikan dengan pilihan pembayaran balik yuran perkhidmatan sebanyak 50%.

Ini bagi memastikan agar agensi-agensi pembantu rumah bersikap lebih bertanggungjawab dalam memadankan para majikan dengan pembantu rumah yang sesuai.

Mulai akhir bulan ini, MOM akan juga menyediakan lebih banyak pilihan bagi khidmat huraian pertikaian secara percuma.

"Kami rasa ini langkah-langkah positif dari MOM. Bagi CDE, kita juga ada satu mekanisme huraian pertikaian di mana kami akan adakan satu khidmat perantaraan bagi para pembantu, ejen-ejen kerja dan juga majikan, di mana mereka ada isu-isu seperti isu hak pekerjaan antara satu sama lain," menurut Pengarah Eksekutif CDE, Shamsul Kamar. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan